Tag Archives: TM Piala FA 2009

Keputusan TM Piala FA 2009 – 7 April | Separuh Akhir 1

TM Piala FA

Peringkat separuh akhir 1, TM Piala FA 2009 telah dilangsungkan hari ini dengan 2 lagi perlawanan yang antaranya melibatkan naib juara musim lalu Selangor yang mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika bertandang ke Stadium Utama Negeri, Kangar menentang Perlis.

Sementara itu pasukan dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan 0 – 1 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bahru hasil jaringan tunggal Zaquan Adha setelah tewas pada pertemuan pertama Liga Super 2009 tempohari.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Piala FA 2009 – 7 Mac | Suku Akhir 2

TM Piala FA

Peringkat suku akhir 2, TM Piala FA 2009 akan dilangsungkan hari ini dengan 4 lagi perlawanan yang antaranya melibatkan naib juara musim lalu Selangor yang bakal menanti kunjungan Perak di Stadium Shah Alam malam nanti.

Sementara itu pasukan Harimau Muda yang tewas 0 – 1 kepada Perlis di Bukit Jalil tempohari akan bertandang pula ke Stadium Utama Negeri, Kangar manakala pasukan kelab dari Terengganu, T-Team yang tewas 0 – 1 kepada Negeri Sembilan akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Piala FA 2009 – 3 Mac | Suku Akhir 1

TM Piala FA

TM Piala FA 2009 telah masuk peringkat suku akhir 1 dengan 8 lagi pasukan akan berentap merebut peluang keseparuh akhir kelak. Hanya 2 pasukan dari liga premier iaitu pasukan T-Team dan Harimau Muda layak manakala pasukan selebihnya dari liga super.

Seperti yang umum ketahui juara musim lalu iaitu Kedah telah pun menamatkan kempen mereka apabila tewas kepada pasukan My Team pada pusingan kedua tempohari. Hanya tinggal naib juara Piala FA musim lalu, Selangor yang bakal berhadapan dengan barisan muda Perak pada perlawanan timbal balik pertama di Ipoh esok.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Piala FA 2009 – 24 Februari

TM Piala FA

TM Piala FA 2009 pusingan 2 timbal balik kedua akan melangsungkan 8 lagi perlawanan yang memperlihatkan hanya skuad Kelantan sahaja selesa untuk melangkah kepusingan suku akhir selepas membenam PDRM 5  – 1 di Kota Bahru tempohari.

Namun peluang pasukan Harimau Muda yang tewas 1 – 2 ketika bertemu Terengganu di Gong Badak agak cerah kerana barisan muda Malaysia ini mampu membuat kejutan seperti mana mereka menundukkan Plus FC pada perlawanan pusingan 1 yang lalu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)