Tag Archives: terengganu

Liga Super 2015 | Terengganu vs Perak (preview)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Rabu, 12 Ogos 2015
8.45 Malam
Stadium Sultan Mizan, Terengganu

‘Pasukan Perak ibarat sebuah JENTERA. Jurulatih diibaratkan sebagai pengendali JENTERA atau pemandunya. Para pemain pula diibaratkan sebagai komponen yang menggerakkan JENTERA itu yang dibahagikan kepada beberapa BAHAGIAN UTAMA. JENTERA ini pada awal perjalanan dilihat baik dan sebuah JENTERA yang hebat. Tetapi, sebelum digerakkan, PEMANDU nya ditukar dikala JENTERA nya sudah siap diselenggara dan KOMPONEN nya dipasang. PEMANDU itu hanya mengambil kunci daripada pemiliknya terus menggerakkan JENTERA disamping pembantunya yang sudah lama bersama JENTERA itu. JENTERA ini digerakkan dari satu destinasi ke satu destinasi dengan jayanya. Senggaraan hanya dibuat ketika ada masa untuk berehat di RNR yang ada dan KOMPONEN yang sama digunakan walaupun dilihat cukup ‘struggle’ untuk menggerakkan JENTERA. JENTERA terus digerakkan ke destinasi yang semakin mencabar.

Namun, ketika JENTERA hampir sampai ke destinasi akhir, beberapa KOMPONEN UTAMA rosak! Jadi, misi untuk sampai ke 3 atau 4 destinasi gagal sampai seperti sepatutnya. Jentera-jentera lain dengan bangga memotong satu persatu dan JENTERA PERAK mula ditinggalkan jauh! Sebagai langkah untuk meningkatkan PRESTASI JENTERA, pemiliknya mengejar dari belakang dan MENUKAR PEMANDU tadi dengan PEMBANTU PEMANDU dengan harapan JENTERA kembali bersaing, sedangkan KOMPONEN yang rosak terus rosak dan mungkin ditukarkan dengan alat ganti baharu yang memerlukan masa untuk ‘ngam’ dengan JENTERAnya.’

Continue reading

Likes(5)Dislikes(3)

Liga Super 2015 | Perak vs Terengganu (result)

PRAY4PERAKFA

 

 

 

 

Sabtu, 11 April 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 3 Terengganu

Kekalahan kedua Perak di Ipoh untuk saingan Liga Super 2015. Kali ini, Skuad Penyu menyentap moral pasukan Perak apabila berjaya bangkit untuk meraih 3 mata berharga di Ipoh malam tadi. Perak terlebih dahulu di depan apabila Woong Namkung menanduk masuk hantaran menarik Horace James. Pemain baharu Perak ini dilihat cukup baik biarpun kali pertama diturunkan.

Babak pertama berakhir dengan 1-0. Apabila separuh masa kedua bermula. Pasukan Sang Penyu mula memberi saingan seolah-olah tidak rela menangis lagi di Ipoh. Hasilnya, Vincent Bikana berjaya menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke 65. Selepas kira-kira 10 minit berselang, Ismail Faruqi sekali lagi menghukum Perak dengan gol kedua pasukan pelawat. Segalanya dilihat semakin sengit. Chad Souza yang menjaringkan hatrik di selayang dalam aksi lalu sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke 83.

Continue reading

Likes(18)Dislikes(3)

Piala FA 2015 | Terengganu vs Perak (result)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Selasa, 7 April 2015
8.45 Malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin

Terengganu 1 – 1 Perak

Bukanlah sesuatu yang biasa untuk Perak mara ke peringkat ini dalam misi merebut Piala FA. Piala FA dan Dato’ M Karuthu ada ‘chemistry’. Semua sedia maklum apa cerita Dato’ M Karuthu dan Piala FA dalam Liga Malaysia.

Berbalik kepada cerita di Kuala Terengganu malam tadi. Permulaannya tampak agak sukar. Ini kerana lama keramat Sang Penyu jarang-jarang sekali dapat kita tawan. Tetapi, karektor Liga Super sudah mula sebati dengan tim Perak menyelinap dalam diri setiap pemain-pemainnya. Biarpun Perak kurang ‘hidup’ di bahagian tengah, tetapi, Dato’ M Karuthu cuba sebaiknya menggunakan apa yang ada ditambah kebijaksaannya mengatur strategi umpama Panglima Perang yang hanya mementingkan ‘end result’ tidak kiralah dengan cara apa sekali, dihujungnya ‘Perak Menang’.

Continue reading

Likes(23)Dislikes(2)

Piala Malaysia 2014 | Perak vs Terengganu (result)

sdn pm 14

Rabu, 27 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 1 – 1 Terengganu

Nasib kurang baik untuk Perak dikala 3 mata sudah terbayang digenggaman tetapi diragut oleh Ahmad Nordin yang menolak mudah jolokan Nor Farhan Mohamad.

Perak yang turun tanpa penjaga gol utama, bermula dengan baik biarpun Terengganu cuba merobek gawang Perak pada satu ketika. Kecemerlangan Penjaga Gol Perak menidakkan percubaan-percubaan merbahaya Terengganu.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(0)