Tag Archives: steve darby

Steve Darby | Kontrak Bersambung 2 Bulan Lagi?

Pihak pengurusan seladang.net telah dimaklumkan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa Steve Darby akan disambung semula kontraknya selama 2 bulan lagi. Kontrak beliau sepatutnya tamat penghujung bulan Ogos ini namun disambung oleh “pengurusan” sehingga bulan Oktober kononnya untuk persiapan Piala AFC.

Jika benar pihak pengurusan mahu berjimat cermat lantaran masalah kewangan yang meruncing, mengapa masih ingin membayar “jurulatih” yang menelan belanja melebihi RM 20 ribu sebulan ini?.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Steve Darby | The Untold Story

Di waktu ini majoriti peminat bolasepak Perak rata-rata memperkatakan tentang kerenah dan gelagat beliau yang semakin memualkan. Dari satu isu ke satu isu lain, beliau sering mencetus kontroversi yang menyinggung perasaan ramai orang terutamanya peminat bolasepak Perak.

Dari kontroversi mengeluarkan kata-kata kesat kepada peminat sehinggalah menyentuh isu sensitif berkenaan perjudian “halal” bolasepak, apa lagi yang bakal beliau ucapkan tidak lama lagi. Jelas di sini beliau seakan sengaja ingin mencari pusbiliti murahan untuk tujuan yang kita semua tidak pasti.

Penulis sebenarnya sudah muak untuk bercerita tentang masalah jurulatih Perak ini. Namun kali ini penulis ingin menjelaskan tentang beberapa perkara yang kita sering terlepas pandang setiap kali bercakap tentang prestasi pasukan bolasepak Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Steve Darby | Blind Or Deaf?

Semalam jurulatih Perak ada mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak akhbar berkenaan masalah rasuah yang kini telah melanda semula Liga Malaysia. Dalam kenyataannya kepada akhbar tersebut, beliau menyarankan supaya pihak yang berwajib memberikan lesen kepada perjudian bolasepak untuk mengekang masalah pemain menerima rasuah.

Beliau memberi contoh negara jiran Singapura yang turut membenarkan perjudian bolasepak dapat menghindarkan rasuah. Persoalannya disini adakah liga domestik di Singapura sudah bebas dari rasuah?

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Steve Darby | Ops!… I Did It Again

Selepas perlawanan antara pasukan Perak menentang Johor FC pada 5 April 2008 yang lalu di mana skuad seladang tumpas dengan jaringan 2 gol berbalas 1, penulis berkesempatan bertemu ramai rakan dan kenalan di pintu utama Stadium Perak untuk berbual-bual.

Segalanya nampak berjalan dengan aman dan lancar apabila pemain dan pegawai Johor FC menaiki bas mereka untuk pulang. Selepas itu Unit Simpanan Persekutuan (FRU) nampak seperti sudah mahu bersurai dari tugasan mereka pada malam itu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)