Tag Archives: stadium tuanku abdul rahman

TM Liga Super – Negeri Sembilan Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 17 Julai 2010
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Negeri Sembilan 0 – 0 Perak

Perak berjaya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan ke 23 TM Liga Super 2010 menentang pasukan Negeri Sembilan di Paroi malam tadi. Permainan separuh masa pertama agak hambar tanpa aksi menarik dari kedua-dua pasukan.

Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan meningkatkan jentera serangan mereka dengan asakan bertali arus namun masih tiada percubaan-percubaan yang boleh membahayakan. Perak hanya sekali sekala sahaja menyerang balas ke kubu tuan rumah.
Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Negeri Sembilan Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 17 Julai 2010
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Perlawanan ke 23 bagi pasukan Perak dalam saingan TM Liga Super 2010 ialah menentang pasukan Negeri Sembilan di Paroi sabtu ini. Pertemuan pertama di Ipoh pada 20 April 2010 menyaksikan Perak berjaya menewaskan pasukan lawan dengan keputusan 2 – 1.

Pada perlawanan tersebut juga jurulatih Raja Azlan meletakkan penjaga gol muda, Khairul Amri beraksi buat pertama kali dalam barisan utama Perak. Untuk perlawanan kali ini, Kamarul Effandi dijangka akan diturunkan berdasarkan aksi konsisten sebelum ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super | Negeri Sembilan Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Negeri Sembilan 3 – 0 Perak

Selasa 13 Januari 2009
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Pasukan Perak tewas 3 – 0 kepada pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan keempat TM Liga Super 2009 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam. Gol pembukaan dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah seawal minit ke 6 hasil kesilapan benteng pertahanan yang lambat mengeluarkan bola yang melantun di dalam kotak penalti Perak.

Berselang 4 minit kemudian gawang Perak bocor lagi apabila Rahman Zabur mudah menolak bola masuk hasil sepakan percuma leret dari luar kotak penalti Perak untuk menceriakan kira-kira 5000 orang penonton tuan rumah yang hadir malam itu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super | Negeri Sembilan Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 13 Januari 2009
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Selepas mencatatkan kemenangan kedua keatas PDRM Sabtu lalu, skuad seladang akan bertandang pada perlawanan keempat TM Liga Super 2009 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menentang naib juara Liga Super 2008 iaitu Negeri Sembilan malam esok.

Pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan ini pasti mahukan kemenangan ditempat sendiri untuk mengubat luka mereka setelah tewas 3 – 0 kepada pendahulu liga super 2009, Selangor sewaktu bertandang ke Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)