Tag Archives: stadium tldm

TLDM Vs Perak | Friendly Match (result)

Khamis 20 November 2008
Stadium TLDM, Lumut
5:15 petang

TLDM 1 – 0 Perak

Keputusan perlawanan persahabatan semalam memihak kepada pasukan tuan rumah TLDM apabila mereka berjaya menjaringkan gol pada minit-minit terakhir permainan melalui satu hantaran lambung dari tengah yang berjaya dikejar oleh salah seorang pemain mereka yang mudah menewaskan penjaga gol Perak semalam untuk keputusan muktamad 1 – 0.

Berdasarkan pengamatan pihak kami semalam, perlawanan ini tidak lebih hanya sebagai gelanggang untuk mencuba beberapa pemain dipelbagai posisi serta tahap kefahaman sesama mereka. Walaupun permainan boleh dikatakan sedikit kelam kabut namun pasukan Perak masih mempunyai masa untuk menyusun kerangka pemain utamanya.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TLDM Vs Perak | Friendly Match

Khamis 20 November 2008
Stadium TLDM, Lumut
4:45 petang

(Tertakluk pada perubahan disaat akhir)

Satu perlawanan persahabatan bakal diadakan oleh pasukan Perak menentang pasukan TLDM pada hari khamis ini bagi menguji tahap keserasian para pemain yang telah dipilih oleh panel pemilihan pemain tempohari.

Perlawanan persahabatan pertama telah diadakan di Stadium Ipoh pada 11 November 2008 dan berkesudahan Perak mendahului 1 gol melalui jaringan Razali Umar sebelum pengadil memberhentikan perlawanan tersebut pada minit ke 28 kerana hujan lebat.

Untuk rekod, pasukan TLDM sebenarnya baru sahaja menjuarai Kejohanan Bola Sepak Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2008 pada 7 November yang lalu apabila mengalahkan pasukan Tentera Darat Malaysia dengan jaringan 1 – 0.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)