Tag Archives: stadium sultan mohd ke-IV

TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 1 Jun 2010
Stadium Sultan Mohd Ke- IV, Kota Bharu
8:45PM

Kelantan 2 – 0 Perak

Keputusan perlawanan ke 20 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke- IV, Kota Bharu malam tadi memihak kepada pasukan tuan rumah, Kelantan yang berjaya menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 2 gol tanpa balas.

Seawal minit ke 24 separuh masa pertama, Kelantan nyaris di depan apabila sepakan percuma yang diambil oleh Badhri Radzi di luar kotak penalti Perak melencong ke penjuru pintu gol tetapi mujurlah Khairul Izwan sempat menepis keluar bola tersebut.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 1 Jun 2010
Stadium Sultan Mohd Ke- IV, Kota Bharu
8:45PM

Perlawanan ke 20 TM Liga Super 2010 untuk pasukan Perak adalah bertandang untuk kali ke 3 berturut-turut ke tempat lawan iaitu menentang pasukan Kelantan. Perlawanan awal di Ipoh pada 26 Januari 2010, Perak mencatatkan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Tewas 1 gol ketika menentang Johor FC di tempat lawan tempohari sudah tentu sedikit sebanyak mendukacitakan penyokong skuad seladang. Namun itu lebih baik berbanding sewaktu tewas kepada pasukan yang sama dengan jaringan 3 gol sewaktu di Ipoh.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Belia | Kelantan vs SSBJ | Final (result)

Piala Belia 07/2008
Ahad 10 Ogos 2008
Stadium Sultan Mohd Ke-IV
4:45PM

Kelantan 3 – 1 SSBJ

Kelantan menjuarai kejohanan terakhir Piala Belia petang tadi apabila menewaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 3 – 1 pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan 1 – 1 pada 90 minit masa permainan sebenar.

Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Muhd Farhan Yaakub pada minit ke 9 sebelum Saiful Ridzuan menyamakan kedudukan pada minit ke 60 separuh masa kedua. Pada masa tambahan pula, Mohd Zulhariz meletakkan Kelantan di depan pada minit ke 91 dan Hazeman Abdul Karim menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke 114.

Likes(0)Dislikes(0)