Tag Archives: stadium perak

TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perak 0 – 1 Johor FC

Perak mengakhiri kempen TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C malam tadi apabila tumbang kepada pasukan Johor FC dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Gol minit ke 47 itu dijaringkan oleh Azizan Baba yang menyepak masuk bola hasil sepakan sudut.

Skuad seladang yang menguasai hampir keseluruhan permainan dengan melakukan banyak serangan dan percubaan namun masih gagal mendapatkan gol. Kehadiran penonton agak membanggakan dan dianggarkan lebih 5000 orang menyaksikan perlawanan tersebut.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perjuangan ‘hidup atau mati’ adalah gambaran sesuai untuk perlawanan terakhir dalam kumpulan C pada kempen TM Piala Malaysia 2010 yang menyaksikan pasukan tuan rumah, Perak akan berhadapan dengan pasukan Johor FC di Stadium Perak malam esok.

Pertemuan pertama pada 20 September 2010 di Pasir Gudang, pasukan Perak tumbang dengan jaringan 2 – 0 kepada Johor FC. Khairul Ismail dan ketua pasukan mereka, Hamzani Ahmad mencatatkan nama sebagai penjaring gol pada malam tersebut.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kedah (result)

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 – 0 Kedah

Perak mencatatkan kemenangan tipis 1 gol tanpa balas di Ipoh malam tadi pada perlawanan kelima TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang yang baru kembali ke dalam pasukan iaitu Razali Umar Kandasamy.

Tuan rumah bermula garang seawal 10 minit pertama permainan apabila kerap mengasak ke kubu Kedah namun tidak berhasil menjaringkan gol. Selepas itu penguasaan permainan lebih memihak kepada pasukan pelawat dihadapan kira-kira 2000 orang penonton di Ipoh.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kedah (review)

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Kempen TM Piala Malaysia 2010 untuk kumpulan C telah masuk perlawanan kelima untuk pasukan Perak. Kali ini skuad seladang akan menanti kunjungan pasukan Kedah di Ipoh malam esok. Pada perlawanan pertama, Perak tewas 2 gol tanpa balas di Alor Setar.

Pada perlawanan tersebut, Baddrol Bakhtiar nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan Perak apabila kedua-dua jaringan tersebut adalah hasil dari percubaannya. Kekalahan tersebut turut disumbangkan oleh aksi penjaga gol yang bermain di bawah tahap sebenar.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)