Tag Archives: Stadium Mini Pasir Mas

Piala Belia | Kelantan Vs Perak | 17 Jun 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Selasa 17 Jun 2008
Stadium Mini Pasir Mas
4:45PM

Kelantan 2 – 4 Perak

Petang tadi, skuad belia Perak dengan penuh bergaya telah menewaskan pendahulu kumpulan A, Kelantan dengan jaringan 4 gol berbalas 2 di Stadium Mini Pasir Mas. Namun skuad Kelantan terlebih dahulu mendahului seawal minit ke 9 melalui sepakan penalti setelah pemain mereka dikasari di dalam kotak penalti Perak.

Hakim Roslee menyumbangkan gol pertama Perak pada minit ke 25 sebelum Mohamad Izham Ruslan menjaringkan gol kedua pada minit ke 31 hasil tendangan penalti. Pada minit ke 51, satu lagi tendangan penalti disudahkan dengan baik oleh pemain termuda skuad belia Perak, Shahrul Mohd Saad untuk gol ketiga pasukan.

Continue reading

Likes(1)Dislikes(0)

Piala Belia | Kelantan Vs Perak | 17 Jun 2008

Piala Belia 07/2008
Selasa 17 Jun 2008
Stadium Mini Pasir Mas
4:45PM

Petang esok, skuad belia Perak akan berkunjung ke Stadium Mini Pasir Mas menentang pasukan Kelantan setelah membenam cabaran ATM tempohari dengan jaringan besar 6 gol. Pasukan Kelantan adalah antara pasukan pilihan yang menduduki 3 tangga terbaik dalam kumpulan A selain pasukan Selangor dan Kedah.

Namun begitu skuad belia Perak juga tidak kurang hebatnya sejak akhir-akhir ini dengan mencatatkan beberapa keputusan yang memberangsangkan. Semoga para pemain mampu untuk mencapai satu lagi kemenangan esok.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)