Tag Archives: stadium gresik

Indonesia Vs Malaysia | Friendly Match (result)

Jumaat 6 Jun 2008
Stadium Gresik, Surabaya
6.00 pm

Indonesia 1 – 1 Malaysia

Skuad Malaysia berjaya mengikat pasukan Indonesia dengan keputusan seri 1 sama pada perlawanan persahabatan yang berlangsung petang semalam. Ketua pasukan Mohd Shukor Adan telah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 32 melalui satu tandukan setelah mendapat hantaran lintang dari Hardi Jaafar.

Terdahulu pasukan Indonesia mendapat gol pendahuluan melalui tendangan penalti oleh Bambang Pamungkas setelah beliau dijatuhkan oleh Aidil Zafuan Abdul Radzak di dalam kotak penalti Malaysia pada minit ke 25.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Indonesia Vs Malaysia | Friendly Match

Jumaat 6 Jun 2008
Stadium Gresik, Surabaya
6.00 pm

Petang ini skuad Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia di Stadium Gresik, Surabaya pada pukul 6 petang. Perlawanan ini bertujuan untuk menguji tahap keserasian pemain senior dan bawah 23 tahun kebangsaan selain untuk meningkatkan ranking FIFA jika berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Malaysia yang menduduki tangga ke 169 dunia akan berhadapan dengan Indonesia yang berada di kedudukan 131. Seramai 20 orang pemain menjadi pilihan jurulatih B. Sathianathan dengan kejutan menggugurkan penyerang Kuala Muda, Liew Kit Kong yang juga penjaring terbanyak tempatan bagi liga premier dan memasukkan penyerang PDRM yang bertukar dari Perlis, Nizaruddin Yusof.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)