Tag Archives: stadium darulaman

TM Liga Super – Perak Vs Kedah (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 26 Mei 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 – 0 Kedah

Setelah tewas 4 kali berturut-turut sebelum ini, Perak membuat kejutan apabila menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 1 – 0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Razali Umar pada minit ke 47 separuh masa kedua hasil hantaran Khalis Ibrahim.

Gol tersebut meletakkan Razali Umar selaku penjaring terbanyak pasukan dan Liga Super dengan 10 gol. Aksi kedua-dua pasukan seimbang dengan saling berbalas serangan sejak dari mula permainan. Mungkin tuah menyebelahi pasukan Perak apabila berjaya menyudahkan peluang yang terhidang untuk diterjemahkan menjadi gol.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Kuala Muda Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Mei 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Kuala Muda 3 – 1 Perak

Perak kecundang kali ke 4 berturut-turut, kali ini kepada pasukan Kuala Muda dengan keputusan 3 – 1 pada perlawanan ke 16 TM Liga Super 2009 malam tadi. Dengan kekalahan ini, Perak kekal di tangga ke 10 liga dengan diekori rapat Plus FC ditangga ke 11.

Kuala Muda membuka jaringan seawal minit ke 2 permainan melalui bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal. Minit ke 29, Saufi Sa’aidi menyamakan kedudukan 1 – 1 buat pasukan Perak apabila menjaringkan gol kedua peribadinya dalam Liga Super.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Kuala Muda Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Mei 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Perlawanan ke 16 untuk pasukan Perak dalam kempen TM Liga Super 2009 adalah bertandang ke Alor Setar bertemu pasukan kelab, Kuala Muda. Pada perlawanan pertama yang lalu Perak menundukkan Kuala Muda dengan keputusan 2 – 0 di Stadium Perak.

Perak yang tumpas berturut-turut pada 3 perlawanan terakhir hanya menduduki tangga ke 10 liga berbanding Kuala Muda di tangga ke 7. Perak perlu memenangi perlawanan ini untuk terus bersaing bersama pasukan-pasukan lain yang berada di tangga teratas.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Kedah Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 16 Mei 2009
Stadium Darul Aman
8:45PM

Perlawanan ke 15 TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah bertandang ke Alor Setar bertemu pasukan Kedah di Stadium Darul Aman. Perak pada perlawanan sebelum ini telah tewas kepada pasukan My Team di Kelana Jaya dengan jaringan 2 – 1.

Nasib skuad Kenari pula semakin baik apabila telah melonjakkan diri ke tangga ketiga liga setelah membenam cabaran Pulau Pinang di tempat lawan dengan keputusan 2 – 1. Mereka dipisahkan dengan jumlah 4 mata berbanding pendahulu liga super iaitu Perlis.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)