Tag Archives: Sime Darby

Liga Super 2015 | Sime Darby FC vs Perak (result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 27 Jun 2015
10.00 Malam
Stadium MP Selayang

Sime Darby FC 1 – 3 Perak

Jika dilihat kepada rekod pertemuan, memang agak sukar untuk Perak membawa pulang 3 mata. Ini kerana, musim lalu, Perak tewas teruk 4-0 di gelanggang yang sama. Tetapi, musim ini segalanya berbeza. Perak menambah koleksi kekalahan Sime Darby yang tidak pernah menang dalam Liga Super musim ini.

Tuan rumah terlebih dahulu di depan seawal minit ke 22 menerusi pemain import mereka Perovic. Namun, 10 minit berselang, muncul Horace James yang meledakkan gol peribadi pertamanya bersama Perak untuk kedudukan seri 1-1.

Continue reading

Likes(21)Dislikes(2)

Liga Super 2015 | Sime Darby vs Perak (preview)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 27 Jun 2015
10.00 Malam
Stadium MP Selayang

Sime Darby FC mencipta rekod tersendiri, apabila hanya mengumpulkan 3 mata daripada 11 perlawanan. Paling tragis, tiada kemenangan daripada 11 perlawanan tersebut. Hanya mampu seri 3 kali dan selebihnya tewas. Menghuni tangga tercorot liga, membuatkan mereka cuba menjadikan mana-mana sahaja pasukan sebagai mangsa ketika ini.

Awas. Perak usah terlalu gembira. 6 perlawanan dengan Sime Darby sebelum ini menyaksikan Perak hanya mampu menang 3 daripada nya. Paling segar adalah kekalahan 4-0 pada 14 Jun 2014 di Stadium yang sama. Bukan setakat itu sahaja, Perak tewas dalam kedua-dua pertembungan, tewas juga di Ipoh musim lalu dengan 0-2.

Continue reading

Likes(9)Dislikes(2)

Liga Super 2015 | Perak vs Sime Darby FC (Preview)

sdn pm 14

 

 

 

 

Sabtu, 7 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Selamat datang ke musim 2015 yang semestinya mencabar. Bagi kita selaku penyokong tegar dan setia, sememangnya sudah masak dengan kerenah Perak FA saban musim. Biar apa pun yang berlaku, ini lah Perak kita. Baik buruk, tetap tanah tumpah darah kita.

7 Februari 2015, sejarah Perak FA 2015 bakal dipahat di batu sejarah, menyambung legasi musim lalu yang agak suram. Pelbagai reaksi penyokong dapat dibaca didada-dada media sosial. Positif dan negatif menjadi hiasan buat PAFA, terpulang lah, samada pekakkan telinga dan butakan mata yang celik untuk melayani kerenah dan pendapat bernas penyokong.

Continue reading

Likes(15)Dislikes(21)