Tag Archives: shahzan muda

Piala FA 2015 | Shahzan Muda vs Perak (result)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Sabtu, 28 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Shahzan Muda 1 – 3 Perak

Apa pandangan anda? Dua tonggak import Perak menunjukkan taring. Paling menarik, penampilan sulung untuk musim 2015 Marco Tulio ibarat seladang terlepas kandang, pantas membuktikan ketajamannya.

Lontarkan nukilan, komentar dan apa sahaja. Hanya di SDN.

Likes(25)Dislikes(5)

Piala FA 2015 | Shahzan Muda vs Perak (preview)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Sabtu, 28 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Shahzan Muda telah ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi. Berdasarkan rekod, mereka pernah bermain di Liga Perdana pada tahun 2008 hingga 2010 sebelum kembali ke Liga FAM sehinggalah ke hari ini. Pasukan ini pernah mendapat sentuhan Zainal Abidin Hasan suatu ketika dahulu dan kini dikendalikan oleh Tajuddin Noor seorang jurulatih yang berpengalaman.

Itu serba sedikit pengenalan mengenai pasukan ‘musuh’ yang akan ditentang Sabtu nanti. ‘Do not under estimate the enemy’.

Continue reading

Likes(7)Dislikes(1)

TM Liga Malaysia 2010 | Info

TM Liga Malaysia 2010

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM telah bermesyuarat untuk mengesahkan penyertaan pasukan dalam TM Liga Malaysia musim 2010 iaitu 14 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana. Perlawanan pertama Liga Super dijadual pada 9 Januari 2010.

Bagi perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor akan dijalankan serentak pada perlawanan pertama Liga Super 2010 nanti. Jawatankuasa juga telah menetapkan 19 Disember adalah tarikh akhir bagi pendaftaran pemain untuk musim 2010.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Liga Premier 2009 – 12 Januari

TM Liga Premier

7 lagi perlawanan TM Liga Premier 2009 malam ini dengan pendahulu liga premier Harimau Muda akan bertandang ke Stadium Batu Kawan, Seberang Perai menentang pasukan SDM Kepala Batas atau lebih dikenali dengan nama Sinar Dimaja Mai Sarah FC.

Pasukan ini sebenarnya adalah pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM/Navy) yang berpengkalan di Lumut, Perak namun mewakili sebuah pasukan kelab di daerah Kepala Batas, Pulau Pinang. Mereka juga pernah menewaskan pasukan Perak dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan 1 – 0 di Stadium Lumut Disember lalu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)