Tag Archives: selangor

Liga Super 2016 | Perak vs Selangor (result)

liga super 2016

 

 

 

 

Selasa, 16 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 0 – 1 Selangor

Kekalahan Perak semalam ditenggelamkan oleh fenomena Faiz Subri yang menghasilkan gol menarik menerusi sepakan percuma.

Selangor dan Perak turun semalam untuk melengkapkan jadual perlawanan kedua aksi Liga Super 2016 di Ipoh. Di atas kertas, Selangor memiliki banyak kelebihan berbanding Perak. Gol awal Selangor yang hadir seawal minit ke 7 menerusi sepakan penalti itu terus kekal untuk mengesahkan 3 mata milik Red Giants semalam.

Continue reading

Likes(3)Dislikes(0)

Liga Super 2016 | Perak vs Selangor (Preview)

liga super 2016

 

 

 

 

Selasa, 16 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak bakal berdepan The Red Giant di Ipoh malam esok. Dua musuh tradisi ini memiliki dua karektor yang sangat berbeza sejak dulu hingga kini. Selangor yang musim ini dilihat begitu serius mempersiapkan pasukan dengan membawa hampir keseluruhan bintang Tok Gajah bakal menambah bisa mereka. Berbeza dengan Perak yang lebih gemar menggunakan khidmat pemain-pemain muda sejak beberapa musim lalu, juga dilihat sebagai sesuatu yang menarik untuk disaksikan.

Berdasarkan rekod, Perak tewas di Ipoh dua tahun berturut-turut bermula 2014. Perak juga telah bertemu dengan Selangor sebanyak 20 kali sejak tahun 2000. Perak berjaya menang 11 perlawanan, seri 2 perlawanan dan tewas 7 perlawanan. Ini bermakna, Selangor hanya berjaya tewaskan Perak 7 kali sejak tahun 2000.

Continue reading

Likes(1)Dislikes(0)

Liga Super 2015 | Selangor vs Perak (result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 2 Mei 2015
8.45 Malam
Stadium Shah Alam, Selangor

Selangor 1 – 2 Perak

Lagi 3 mata dari tempat lawan. Skrip yang lebih kurang sama ketika kita menumbang JDT di Ipoh dalam aksi lalu, Ketinggalan satu gol dan berjaya bangkit untuk menang.

Namun, segalanya tidak semudah yang dijangka. Perak dikejutkan dengan gol pertama perlawanan oleh Tuan Rumah berpunca daripada sepakan penjuru yang ditanduk masuk oleh Guilherme Da Paula di minit ke 20. Lebih tertekan ketika itu Perak mengawal perlawanan dengan baik namun, gol itu sedikit sebanyak merencatkan semangat Perak untuk bangkit.

Continue reading

Likes(19)Dislikes(2)

Liga Super 2014 | Selangor vs Perak (result)

PRAY4 PERAK FA

 

 

 

 

Sabtu, 12 April 2014
Stadium Shah Alam, Selangor
8:45 Malam

Selangor 1 – 0 Perak

Selangor berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan Perak untuk kesekian kalinya. Jaringan Paolo Rangel di minit ke 9 menjadi pemisah dan merupakan jaringan penting untuk Selangor bersaing merebut takhta liga.

Sukar dipercayai, tetapi itulah hakikatnya. Perak yang diramal bangkit di Shah Alam tenggelam dalam arus permainan yang amat luar biasa teruk. Benar, Perak ada ketika menguasai bola dengan baik terutama ketika Selangor bermain dengan 10 pemain hampir separuh perlawanan. Namun, Perak gagal memanfaatkan peluang untuk mencipta jaringan.

Continue reading

Likes(10)Dislikes(0)