Tag Archives: sejarah

Legasi Bolasepak Perak Darul Ridzuan

Perak Darul Ridzuan atau Skuad Seladang sememangnya tergolong dalam senarai antara pasukan Bola Sepak yang terunggul di Malaysia. Dengan menggunakan kata-kata hikmat yang unik iaitu Kejor Yob Kejor sebelum ianya ditukarkan kepada Skor Yob Skor hingga kini.

Pasukan ini dilihat berjaya menyatukan Rakyat Jelata yang juga anak-anak jati Perak untuk membentuk satu ketumbukan yang besar dikenali sebagai ‘Penyokong Setia Pasukan Perak’. Kebanyakan pasukan lawan agak gentar untuk berkunjungan ke Stadium Perak kerana dikatakan ‘gerun’ dengan sokongan rakyat jelata yang begitu fanatik.

Untuk pengetahuan semua, Pasukan Seladang ini diuruskan secara langsung oleh Persatuan Bolasepak Perak atau lebih dikenali sebagai Perak FA. Perak FA bertanggungjawab ke atas pembangunan dan kebajikan bola sepak di negeri ini.

Continue reading

Likes(1)Dislikes(0)

Pengumuman!

Salam semua,

Hari ini adalah genap 6 bulan laman web ini beroperasi dan sokongan yang diterima dari semua amatlah memberangsangkan. Bertepatan dengan itu, pihak kami telah membina satu ruangan yang bertajuk About Us. Pada ruangan ini kami memaparkan sejarah awal penubuhan laman web ini beserta segala perubahan yang telah kami lakukan selama ini.
Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)