Tag Archives: sdm kepala batas

TM Piala FA – SDM Kepala Batas Vs Perak (result)

TM Piala FA

Selasa 3 Februari 2009
Stadium Batu Kawan
8:45PM

SDM Kepala Batas (1) 0 – 7 (4) Perak

Skuad seladang benar-benar berpesta gol malam tadi apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, SDM Kepala Batas dengan jaringan 7 – 0 di Stadium Batu Kawan malam tadi pada perlawanan TM Piala FA musim 2009 pusingan 1 timbal balik kedua.

Secara aggregat pasukan Perak melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan besar 11 – 1 mengatasi pasukan SDM Kepala Batas yang rata-rata diwakili pemain-pemain dari Angkatan Laut Diraja Malaysia yang berpengkalan di Lumut, Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala FA – SDM Kepala Batas Vs Perak (review)

TM Piala FA

Selasa 3 Februari 2009
Stadium Batu Kawan
8:45PM

Perlawanan pusingan 1 timbal balik kedua TM Piala FA musim 2009 untuk pasukan Perak adalah bertemu semula pasukan SDM Kepala Batas yang telah ditewaskan 4 – 1 pada perlawanan pertama di Stadium Perak pada hari sabtu yang lalu.

Skuad seladang dijangka tidak menghadapi masalah untuk mara kepusingan seterusnya bertemu Kuala Muda Naza pada pusingan 2 nanti. Keputusan seri sebenarnya sudah memadai kerana ketika ini Perak telah mendahului pasukan lawan dengan kelebihan 3 gol.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala FA – Perak Vs SDM Kepala Batas (result)

TM Piala FA

Sabtu 31 Januari 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 4 – 1 SDM Kepala Batas

Skuad seladang berpesta gol apabila berjaya menewaskan pasukan liga premier SDM Kepala Batas dengan jaringan 4 – 1 di Stadium Perak malam tadi pada perlawanan TM Piala FA musim 2009 pusingan 1 timbal balik pertama.

Perlawanan yang disaksikan kira-kira 5000 orang penonton itu bermula dengan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan dilihat berbalas serangan . Namun K. Thinagaran menceriakan penyokong tuan rumah apabila mudah menyempurnakan hantaran lintang melalui satu tandukan yang menarik pada minit ke 31 separuh masa pertama.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala FA – Perak Vs SDM Kepala Batas (review)

TM Piala FA

Sabtu 31 Januari 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan TM Piala FA musim 2009 pusingan 1 timbal balik pertama untuk pasukan Perak adalah bertemu dengan pasukan kelab yang baru dinaikkan ke Liga Premier musim ini iaitu pasukan SDM Kepala Batas atau nama lainnya Sinar Dimaja Mai Sarah FC.

Pasukan ini sebenarnya dibarisi oleh pemain-pemain dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM/Navy) yang berpengkalan di Lumut dan pernah mengejutkan Perak dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan 1 – 0 di Stadium Lumut Disember lalu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)