Tag Archives: sarawak

Piala FA 2016 | Perak vs Sarawak (result)

2016–18_Malaysian_FA_Cup_Logo

 

 

 

 

Sabtu, 20 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 3 – 1 Sarawak

Perak dipaksa berkerja keras sebelum meranapkan impian Sarawak untuk ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA 2016.

Sarawak terlebih dahulu di depan selepas J Partiban meledakkan gol pertama di minit ke 18. Selepas itu aksi menarik terus dipamerkan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menambah sebarang jaringan. Kehadiran semula Nasir Basharuddin dilihat sedikit sebanyak memberikan impak kepada keseluruhan pasukan. Ditambah dengan kehadiran semula Nuridduan Abu Hasan pada babak kedua memperkemaskan lagi jentera serangan Perak, dan hasilnya, Thiago Junio berjaya meledakkan gol penyamaan di minit ke 87.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(2)

Piala FA 2016 | Perak vs Sarawak (Preview)

2016–18_Malaysian_FA_Cup_Logo

 

 

 

 

Sabtu, 20 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Ini merupakan pertembungan ke 28 antara kedua-dua pasukan sejak tahun 2000. 27 kali pertembungan antara Perak dan Sarawak menyaksikan Perak menang 15 daripadanya dan tewas 5 kali. Terkini, Tahun 2015, 4 perlawanan diharungi masing-masing 2 perlawanan Liga Super dan 2 perlawanan Piala Malaysia, Perak menang 2 kali, seri sekali dan kalah sekali. Menariknya, kemenangan semua dicipta di Ipoh.

Sarawak, musim ini dikendalikan oleh Jurulatih berkaliber Dato K Rajagopal sebenarnya masih tercari-cari rentak selepas dua perlawanan Liga Super. Mereka masih gagal memperoleh sebarang mata setakat ini berbanding Perak yang telah memperoleh 1 mata hasil keputusan seri dalam perlawanan pertama lalu.

Continue reading

Likes(6)Dislikes(0)

Liga Super 2015 | Perak vs Sarawak (result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Selasa, 23 Jun 2015
10.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 3 – 1Sarawak

Selepas pulang dengan satu mata di Kuching Sabtu lalu, Perak mempergunakan peluang kedua untuk memastikan 3 mata berharga Di Ipoh menentang Sarawak.

Perak tidak menunggu lama untuk di depan, apabila Chad Souza menyudahkan hantaran silang Tuah Iskandar yang disudahkan dengan tandukan bebas menewaskan Iqbal Suhaimi. Selepas itu, Perak menggandakan asakan dikala pasukan lawan agak perlahan dan kurang agresif di babak yang pertama.

Continue reading

Likes(19)Dislikes(0)

Liga Super 2015 | Sarawak vs Perak (result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 20 Jun 2015
10.00 Malam
Stadium Negeri, Kuching

Sarawak 1 – 1 Perak

Selepas berehat panjang, Liga Super 2015 kembali menghangatkan suasana bolasepak tempatan. Perak terbang jauh ke Borneo untuk membuat perhitungan dengan Skuad Bujang senang dan hasilnya satu mata berharga dibawa pulang.

Kekuatan kedua-dua pasukan dilihat agak seimbang selepas babak pertama tiada jaringan terhasil. Namun begitu, selepas hampir 13 minit babak kedua bermula, Woong Namkung mencuri peluang untuk menghasilkan gol pertama Perak di minit ke 58.

Continue reading

Likes(7)Dislikes(1)