Tag Archives: sabah

Liga Super 2012 | Perak Vs Sabah (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 17 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 2 Sabah

Sabah hampir melakar kemenangan pertama setelah sekian lama gagal meraih 3 mata di Ipoh. Perak pula tampil dengan formasi 4-5-1 sebagai taruhan. Percaturan Haji Norizan Bakar dilihat berkesan dengan serangan diatur dari bawah dengan baik. Biarpun Sabah yang dilihat kerap mengucar-ngacirkan kubu pertahanan Perak, namun bahagian tengah Perak dilihat cukup tenang menyerap setiap serangan pasukan Sabah.

Babak pertama, Perak sekali sekala menggusarkan pertahanan Sabah dengan gerakan menarik. Antara percubaan jarak jauh yang terbias pemain lawan dan diselamatkan penjaga gol Sabah yang kemudiannya terpaksa diusung keluar akibat kecederaan serius di bahagian muka terhantuk tiang gol. Pemain import baru Perak, Bod Jongo tidak kurang hebatnya dengan sekurang-kurangnya satu percubaan menarik namun bola melambung tinggi melepasi muka gol Sabah.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Perak Vs Sabah (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 17 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Selepas berjaya melenyapkan kesukaran mengutip 3 mata di Kota Kinabalu Sabtu lalu, Perak bakal menjadi Tuan Rumah kepada Sabah yang terluka di laman sendiri tempohari.

Persoalan siapa pengganti Lazar Popovic sudah terjawab apabila PAFA mengumumkan anak muda dari Cameroon berusia 21 Tahun Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika sebagai pengganti. Beliau dijangka bakal diturunkan untuk bertemu Sabah sekiranya mendapat ITC dalam masa terdekat ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Sabah Vs Perak (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 14 April 2012
Stadium Likas, K.Kinabalu
8:15 Malam

Sabah 1 – 3 Perak

Akhirnya, Perak kembali berada di landasan betul selepas sekian lama tersasar dan tercari-cari rentak yang hilang sejak perlawanan ke 8 lalu. Stadium Likas Kota Kinabalu menjadi saksi kebangkitan Perak meratah Sabah 3-1. Skrip yang hampir sama seperti musim lalu, cuma nasib yang baik menyebelahi Perak biarpun ‘orang lama’ Sabah Zainizam Marjan cuba merentap semangat juang anak-anak didik Haji Norizan Bakar diawal babak pertama, namun segalanya berubah di separuh masa kedua.

Perak membuktikan biarpun ketiadaan tonggak tengah utama Michal Kubala, mereka mampu mencipta kemenangan bergaya. Biarpun semangat juang direntap oleh Zainizam Marjan dengan gol pembukaan diawal minit permainan, itu bukan alasan mereka menyerah kalah sebelum peperangan berakhir.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Sabah Vs Perak (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 14 April 2012
Stadium Likas, Kota Kinabalu
8.15 Malam

Dari Selatan tanahair, Perak bakal terbang ke Borneo untuk membuat perhitungan dengan barisan kendalian Justin Ganai di Kota Kinabalu untuk perlawanan ke 14 Liga Super.

Perak yang masih gagal menjelmakan tiga mata sejak perlawanan ke 8 lalu, dilihat bakal meneruskan corak permainan menarik seperti yang dipersembahkan di hadapan ribuan penyokong di Jalan Besar Selasa lalu. Ini juga merupakan perlawanan ke 8 Perak di tempat lawan yang mana Perak hanya menang 2 dan seri sekali daripadanya.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)