Tag Archives: review

Liga Super 2011 | Perak vs Pahang (review)

logo-liga-201.jpg

Jumaat, 6 Mei 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Prestasi Perak yang turun naik sejak 2-3 perlawanan lalu amat menggusarkan penyokong-penyokong setianya. Pengendali Perak dilihat masih tercari-cari ramuan baru dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Terbaru ketika menentang Negeri Sembilan, yang mana perlawanan tersebut seolah-olah akan berpihak kepada Perak namun, segalanya musnah dek kerana kesilapan percaturan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Keputusan TM Piala Malaysia 07/2008 | 26 Julai 2008

TM Piala Malaysia

Hanya 2 perlawanan telah dilangsungkan semalam bagi kempen TM Piala Malaysia 07/2008. Dalam kumpulan B, Johor FC mendahului kumpulan tersebut dengan 20 mata setelah meraih kemenangan 3 – 2 ke atas PDRM di Stadium Jcor, Pasir Gudang.

Sementara itu dalam kumpulan C pula, My Team yang bertandang ke Stadium Darul Makmur mencatatkan kemenangan 3 – 2 menewaskan pasukan Pahang. Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke 20 melalui K. Rajan sebelum pantas dibalas oleh pasukan My Team pada minit ke 23 oleh Haris Safwan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008 | 3 Julai 2008

TM Piala Malaysia

Hanya 6 perlawanan akan dilangsungkan malam ini bagi kempen TM Piala Malaysia 07/2008. Perubahan ini berlaku kerana FAM telah menerima rungutan dari persatuan bolasepak negeri yang mengeluh pemain mereka kepenatan kerana mengharungi jadual yang padat.

Hanya 2 perlawanan dilangsungkan untuk kumpulan A dan 1 perlawanan bagi kumpulan C manakala kumpulan B pula tiada perubahan. Semua perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Sarawak iaitu 8:15 malam.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia 07/2008 | Jadual Pasukan Perak

TM Piala Malaysia

Disertakan di bawah semua perlawanan yang membabitkan pasukan Perak dalam kumpulan C untuk kempen Piala Malaysia 07/2008 nanti. Turut disertakan pada jadual tersebut ramalan dari pihak kami tentang keputusan perlawanan itu nanti.

Anda sebagai pengguna berdaftar seladang.net juga boleh membuat ramalan menggunakan format seperti yang kami berikan pada ruangan komentar di bawah. Walaupun tiada sebarang hadiah yang kami tawarkan untuk ramalan ini, sekurang-kurangnya ini dapat membuktikan anda seorang peramal yang baik jika berkaitan dengan bolasepak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)