Tag Archives: result

Liga Super 2013 | Negeri Sembilan vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 19 Januari 2013
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi
8:45 Malam

Negeri Sembilan 0 – 1 Perak

Perak akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan jaringan gol apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan tunggal dari pemain gantian Failee Ghazali pada minit ke 94. Beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 89 menggantikan Rafiuddin Roddin.

Perak memulakan aksi pada separuh masa pertama dengan garang apabila bola sepakan percuma dari Rafael Souza berjaya ditepis penjaga gol Negeri Sembilan seawal minit pertama lagi. Selepas itu permainan lebih banyak berkisar di tengah padang dengan pasukan tuan rumah turut buntu dalam melancarkan serangan ke kubu Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby FC (Result)

untitled.jpg

Jumaat,14 September 2012
8.45 malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 1 Sime Darby FC

Akhirnya, Jang Jung berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam kariernya bersama Perak selaku Ketua Jurulatih. Sebelum itu, Perak dilihat sukar mencatatkan kemenangan tidak seperti yang dipamerkan musim lalu. Kekecewaan jelas terpancar di wajah setiap penyokong Perak biarpun menang dalam perlawanan penting itu. Ini kerana Perak tetap gagal kerana dalam perlawanan lain Kumpulan C menyaksikan Felda United berjaya mengikat Negeri Sembilan untuk memastikan mereka ke Suku Akhir.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Felda United Vs Perak (result)

Selasa, 4 Sep 2012
Stadium Hang Jebat, Melaka
8:45 Malam

Felda United 2 – 2 Perak

Perak sekali lagi hambar biarpun sebelum perlawanan berlangsung harapan menggunung disandarkan untuk meraih 3 mata penting bagi mencerahkan peluang ke Suku Akhir nanti.

Keputusan ini telah mencetuskan rasa kurang senang dikalangan para penyokong yang amat mengharapkan kemenangan. Semua perkara berkaitan pasukan Perak kini menjadi perhatian penyokong yang mula mempertikaikan kredibiliti pihak yang bertanggungjawab.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Felda United(result)

Sabtu, 25 Ogos 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 4 Felda United

Serba tidak menjadi. Melepaskan 3 gol di separuh masa tidak sepatutnya berlaku dikala Perak mempunyai beberapa peluang terhidang yang gagal dimanfaatkan. Ternyata, pemain-pemain Perak memungkiri apa yang dijanji.

Biarpun Nazri Kamal berjaya meledakkan 2 gol untuk cuba merapatkan jurang, tetapi untuk bangkit dengan kemenangan adalah mustahil. Ketinggalan 0-3 sudah meletakkan minda para pemain di tahap yang terendah dan tidak mampu untuk atasi tahap itu seperti yang berlaku kepada pasukan-pasukan bolasepak profasional berpengalaman lain, yang mampu bangkit dari ketinggalan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)