Tag Archives: proton fc

Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 3 Mei 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam tadi menyaksikan pendahulu liga premier Kuala Muda merangkul kejuaraan Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur apabila menewaskan Plus FC dengan jaringan 3 gol berbalas 2.

Plus FC di lihat lebih banyak bertahan dengan sekali sekala membuat serangan balas manakala Kuala Muda yang dibawah kendalian K. Devan lebih banyak menyerang. Kedua-dua pasukan akan dinaikkan ke liga super musim 08/2009.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 3 Mei 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti akan menyaksikan pendahulu liga premier Kuala Muda bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menentang Plus FC. Perlawanan ini cukup penting untuk kedua-dua pasukan kerana inilah penentu kepada kejuaraan liga premier musim ini.

Untuk makluman umum, kedua-dua pasukan juga telah layak menyertai liga super musim depan apabila kedudukan mata mereka tidak mampu lagi dipintas oleh pasukan lain. Yang pasti kedua-dua pasukan dipimpin oleh jurulatih tempatan iaitu K. Devan (Kuala Muda) dan Mat Zan Mat Aris (Plus FC).

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 28 April 2008

TM Liga Premier

Kuala Muda semakin menghampiri kejuaraan TM Liga Premier 07/2008 malam tadi apabila menewaskan pasukan Johor dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos.

Sementara itu Plus FC turut mencatat kemenangan keatas pasukan Kuala Lumpur di tempat lawan dengan 2 gol berbalas 1. Skuad Harimau Muda pula tumpas mengejut kepada pasukan Melaka di tempat sendiri dengan jaringan 4-2 pada perlawanan terakhir mereka tadi. Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 28 April 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti menyaksikan skuad Harimau Muda akan melayan kunjungan Melaka di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala pendahulu liga premier Kuala Muda akan berkunjung ke Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos menentang pasukan Johor.

Seandainya mereka tewas, peluang untuk pasukan Plus FC merampas kedudukan pertama liga premier agak cerah berdasarkan lawan yang bakal mereka hadapi nanti iaitu pasukan Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)