Tag Archives: plus fc

TM Liga Super – Plus FC Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 8 Meil 2010
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM

Plus FC 1 – 1 Perak

Skuad Perak berjaya mencatatkan keputusan seri 1 – 1 pada perlawanan ke-14 TM Liga Super 2010 menentang pasukan Plus FC yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Dianggarkan kira-kira 300 lebih penyokong hadir pada perlawanan tersebut.

Separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain berhati-hati serta banyak serangan yang terhenti separuh jalan. Dengan bola lebih banyak berlegar-legar di tengah padang, permainan separuh masa tamat dan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Plus FC Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 8 Mei 2010
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM

Perlawanan pertama untuk pusingan kedua Liga Super 2010 dan yang ke-14 secara keseluruhan bagi pasukan Perak ialah bertandang ke Kelana Jaya menentang pasukan Plus FC. Pada perlawanan di Ipoh tempohari, Perak tewas dengan jaringan tunggal Fadzli Saari.

Mutu persembangan pemain Perak ketika perlawanan menentang Plus FC di Ipoh baru-baru ini mengundang rasa marah peminat bolasepak yang hadir ke stadium. Rata-rata memperkatakan tentang sikap beberapa pemain yang beraksi sambil lewa.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Perak vs Plus FC (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 24 April 2010
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Perak 0 – 1 Plus FC

Longgar dan longlai adalah gambaran tepat untuk aksi pasukan Perak pada perlawanan ke-13 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh malam tadi selepas dikejutkan dengan kekalahan 1 gol pada masa kecederaan oleh pasukan Plus FC.

Sekitar 300 lebih penyokong Perak hadir menyaksikan perlawanan dengan skuad seladang menguasai separuh masa pertama permainan namun tiada percubaan-percubaan yang cukup membahayakan pintu gol lawan untuk mengikat keputusan seri tanpa jaringan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)