Tag Archives: pkns fc

Perak Vs PKNS FC | Test Match (result)

Rabu 3 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45 petang

Perak 3 – 0 PKNS FC

Perak berjaya menewaskan pasukan PKNS FC pada perlawanan ’test match pertama’ yang diadakan di Stadium Perak, Ipoh petang tadi dengan keputusan 3 – 0. Kehadiran penonton juga agak baik apabila jumlah mereka mampu memenuhi sebahagian kawasan grandstand.

Gol pertama Perak dijaringkan oleh Shahrizal Saad melalui satu tandukan lambung yang cantik melepasi jangkauan penjaga gol lawan hasil sepakan percuma dari sebelah kiri diluar kotak penalti PKNS FC yang diambil oleh Benedict Martin.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perak Vs PKNS FC | Test Match

Rabu 3 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45 petang

Satu perlawanan ’test match’ akan diadakan oleh pasukan Perak petang ini menentang pasukan dari Liga Perdana 2009 iaitu PKNS FC di Stadium Perak, Ipoh. Ini adalah perlawanan penting bagi mengukur sejauh mana kemampuan para pemain beraksi sebagai satu pasukan setelah hampir 3 minggu menjalani latihan bersama.

Semua peminat-peminat bolasepak Perak dijemput untuk hadir beramai-ramai ke stadium Perak bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Nota: Untuk hebahan umum.

Likes(0)Dislikes(0)

Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 3 Mei 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam tadi menyaksikan pendahulu liga premier Kuala Muda merangkul kejuaraan Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur apabila menewaskan Plus FC dengan jaringan 3 gol berbalas 2.

Plus FC di lihat lebih banyak bertahan dengan sekali sekala membuat serangan balas manakala Kuala Muda yang dibawah kendalian K. Devan lebih banyak menyerang. Kedua-dua pasukan akan dinaikkan ke liga super musim 08/2009.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 3 Mei 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti akan menyaksikan pendahulu liga premier Kuala Muda bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menentang Plus FC. Perlawanan ini cukup penting untuk kedua-dua pasukan kerana inilah penentu kepada kejuaraan liga premier musim ini.

Untuk makluman umum, kedua-dua pasukan juga telah layak menyertai liga super musim depan apabila kedudukan mata mereka tidak mampu lagi dipintas oleh pasukan lain. Yang pasti kedua-dua pasukan dipimpin oleh jurulatih tempatan iaitu K. Devan (Kuala Muda) dan Mat Zan Mat Aris (Plus FC).

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)