Tag Archives: piala presiden

Skuad Piala Presiden Perak Musim 2010

Pemilihan untuk skuad Presiden Perak musim 2010 telah bermula sejak 5 Disember lalu dengan kebanyakkan latihan dan pemilihan diadakan di padang PCRC. Pasukan mestilah mendaftar sekurang kurangnya 20 pemain daripada 25 pemain yang dibenarkan F.A.M.

Difahamkan hanya 15 pemain musim lalu yang masih kekal bersama pasukan tidak termasuk Khalis Ibrahim yang diserapkan ke skuad Liga Super. Pemilihan kali ini lebih menarik dengan kehadiran beberapa pemain dari luar Perak, termasuk dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Sesi Pemilihan Pemain Presiden Perak 2009

Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Tarikh: 29 & 30 November 2008
Waktu: 8:30 pagi – 11:00 pagi & 3:00 petang – 6:00 petang

Skuad Piala Presiden Perak di bawah kendalian Abu Bakar Fadzim musim depan akan mengadakan pemilihan pemain selama dua hari bermula hari ini dan esok bagi mencari bakat-bakat baru untuk menyarung jersi Perak musim ini.

Pemilihan selama dua sesi iaitu pagi dan petang itu akan memilih pemain yang lahir sekitar tahun 1989, 1990 dan 1991. Untuk makluman umum skuad Presiden musim hadapan adalah untuk pemain di bawah umur 20 tahun serta berbeza dari musim-musim sebelumnya di mana tiada lagi pemain dari skuad senior yang boleh turun membantu pasukan tersebut.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak – Final (result)

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Selangor 1 – 0 Perak

Jaringan tunggal Safiq Rahim pada minit ke 41 permainan melalui satu tandukan hasil hantaran lintang sudah cukup untuk pasukan Selangor menjuarai Piala Presiden musim 2008 di Stadium Shah Alam menewaskan juara bertahan musim lalu Perak dengan 1 – 0.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak – Final (review)

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak bertandang ke Stadium Shah Alam malam ini untuk menentang pasukan tuan rumah Selangor. Perak dijangka tidak menurunkan Ahmad Fakri Saarani yang menyertai skuad senior pada perlawanan terakhir kumpulan C, Sabtu ini menentang My Team di Kelana Jaya.

Dua pemain dari skuad senior yang akan diturunkan malam nanti ialah Noor Hazrul dan Wan Abu Yazid. Beliau (Wan Abu Yazid) turut diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan selepas ketiadaan Arif Fazlie yang menjalani penggantungan dua kad kuning.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)