Tag Archives: piala malaysia

Piala Malaysia 2014 | Perak vs Sarawak(preview)

sdn pm 14

 

 

 

 

Rabu, 20 Ogos 2014
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Tahun lalu, 20 Ogos 2013, Perak menewaskan Sarawak 2-1 di Ipoh dalam saingan yang sama. Adakah ini suratan atau kebetulan? Tarikh yang sama cuma tahun berbeza, adakah sejarah SETAHUN lalu bakal berulang? Perak akan melayani Skuad Bujang Senang Rabu nanti di Ipoh. Dalam kegembiraan Perak meraikan kemenangan ke atas Kedah tempohari, insiden pembakaran suar oleh penyokong-penyokong Perak bakal mengundang padah apabila PAFA berdepan kemungkinan didenda oleh FAM nanti. Justeru itu, para penyokong Perak diminta menjaga tatasusila sebagai Penyokong Setia Perak tanpa melakukan sesuatu yang telah dimaktubkan sebagai sesuatu yang dilarang ketika berada di dalam stadium.

Pertemuan dengan Sarawak bukanlah sesuatu yang menyukarkan. Ini kerana, musim ini, Perak tidak pernah mengecewakan biarpun bertemu dengan pasukan yang dikatakan pilihan, cuma nasib tidak menyebelahi Perak dan sering tewas tipis biarpun mempamerkan kualiti permainan yang bermutu tinggi. Pertembungan dua pasukan ini dianggap penting kerana kedua-duanya berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pertama lalu.

Continue reading

Likes(12)Dislikes(4)

TM Piala Malaysia 2007/2008 | Kedah Vs Selangor | Final (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 23 Ogos 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Kedah 3 – 2 Selangor

Kedah menepati ramalan awal apabila menjulang piala ketiga mereka musim ini apabila menewaskan pasukan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 3 – 2 pada kempen Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi.

Namun begitu mereka dikejutkan seawal minit ke 18 apabila Frank Seator mudah menyepak masuk bola yang muntah dari dakapan Helmi Eliza setelah tendangan percuma yang diambil oleh Indra Putra gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah itu

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia 2007/2008 | Kedah Vs Selangor | Final

TM Piala Malaysia

Sabtu 23 Ogos 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Esok akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara juara bertahan Kedah menentang juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8:45 malam. Kedah yang sebelum ini telah menggondol dua piala iaitu Liga Super dan Piala FA pastinya mahu mengekalkan pencapaian musim lalu menggapai 3 kejuaraan semusim.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2 | Terengganu Vs Kedah

TM Piala Malaysia

Ahad 17 Ogos 2008
Terengganu (0) 2 vs 0 (3) Kedah
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Kedah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 07/2008 walaupun tewas 2 gol tanpa balas kepada pasukan tuan rumah Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)