Tag Archives: persahabatan

Persahabatan | Perak Vs ATM (result)

Selasa, 14 Ogos 2012
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
9:45 Malam

Perak 4 – 3 ATM

 

Perak berjaya menundukkan juara Liga Perdana 2012 di Selayang malam tadi. ATM terlebih dahulu di depan hasil jaringan K Reuben dikala Perak sedang menguasai permainan.

Michal Kubala muncul penjaring dengan menyudahkan sepakan penalti setelah Fazrul Hazli Khadri dikasari dalam kotak penalti ATM. Gol kedua Perak pula hasil jaringan menarik Fazrul Hazli dari sisi kiri gol ATM.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Persahabatan | Perak Vs T-Team (result)

Sabtu, 11 Ogos 2012
Stadium UiTM, Shah Alam
9:45 Malam

Perak 3 – 1 T-Team

Percaturan Jang Jung boleh dikatakan menjadi dalam perlawanan semalam. Buktinya, kemenangan 3-1 ke atas T-Team di Stadium UiTM Shah Alam.

Ternyata, Jang Jung cuba menerapkan sesuatu yang berbeza dari sebelumnya dengan corak permainan dipelbagaikan dan paling ketara adalah corak hantaran pendek yang berjaya membelah pertahanan lawan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan Persahabatan Menjelang Piala Malaysia 2010

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Ramadan bukanlah penghalang untuk skuad Perak meneruskan sesi latihan menjelang Piala Malaysia yang berlangsung selepas Aidilfitri nanti. Sehubungan itu, PAFA telah mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan menarik sepanjang bulan yang mulia ini.

Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi tentang sasaran pasukan Perak pada kempen Piala Malaysia ini berkata “Sasaran awal kita ialah untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir dahulu, iaitu mencapai sekurang-kurangnya 10 mata dalam kumpulan untuk layak”.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Malaysia Vs Korea Selatan Olimpik 2012 | Friendly Match

Ahad 25 Julai 2010
Stadium Nasional Bukit Jalil
5:00 petang

Pasukan kebangsaan Malaysia akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang skuad Korea Selatan Olimpik 2012 pada Ahad ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Majoriti pemain skuad pelawat adalah pemain yang berumur di antara 19 dan 20 tahun.

Tiket-tiket berharga RM 10 untuk orang dewasa serta RM 5 untuk kanak-kanak bagi tempat duduk biasa. Manakala untuk tiket grandstand pula dijual dengan harga RM 30. Tiket-tiket mulai dijual seawal pukul 10 pagi pada hari perlawanan tersebut.

Likes(0)Dislikes(0)