Tag Archives: perlawanan akhir

TM Piala FA 07/2008 | Perlawanan Akhir (result)

TM Piala FA

21 Jun 2008
Stadium Shah Alam
8:45 malam

Kedah 3 – 2 Selangor

Kedah mempertahankan kejuaraan musim lalu apabila menewaskan pasukan Selangor di Stadium Shah Alam bagi menjulang Piala FA musim 2007/2008. Kedah membuka tirai jaringan seawal minit pertama apabila hantaran lintang Baddrol Bakhtiar disudahkan dengan baik oleh Mohd Fadzly Baharom.

Selangor tidak berputus asa apabila pada minit ke 13, Amirulhadi Zainal menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan Selangor melalui satu rembatan leret berpunca dari keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Kedah.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala FA 07/2008 | Perlawanan Akhir

TM Piala FA

Selangor vs Kedah
21 Jun 2008
Stadium Shah Alam
8:45 malam

Juara bertahan musim lalu, Kedah akan berhadapan dengan pasukan Selangor di Stadium Shah Alam sabtu ini bagi menentukan juara Piala FA musim 2007/2008. Kedah pada perlawanan separuh akhir yang lalu telah menumbangkan pasukan Pahang dengan aggregat 6 gol berbalas 1 manakala pasukan Selangor pula menang ke atas Terengganu dengan jumlah aggregat yang lebih tipis iaitu 3 – 2.

Kedah tidak menurunkan dua pemain importnya iaitu Bernard Hugging dan Marlon Alex James kerana mewakili negara mereka St. Vincent & Grenadine untuk kelayakan Piala Dunia. Tiket menyaksikan perlawanan ini berharga RM 40 untuk tempat duduk grandstand dan RM 20 untuk tempat duduk teres.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)