Tag Archives: perlantikan pemain

Perak FA | Perlantikan Jurulatih & Persiapan Musim 2011

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Satu mesyuarat ahli majlis telah diadakan petang tadi bermula pukul 2:30 petang dan berakhir sekitar 6:30 petang dengan perbincangan untuk melantik barisan pengurusan baru pasukan. Berikut adalah senarai pegawai yang telah dilantik pada mesyuarat tersebut.

Pasukan Liga Super Perak 2011

Pengurus: Khairul Azwan Harun
Penolong Pengurus: Ishsam Shahruddin & Ahmad Shahrul Azhar
Ketua Jurulatih: Norizan Bakar
Penolong Jurulatih: Chong Yee Fatt
Jurulatih Penjaga Gol: Abdul Talib Saidi

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perak FA | Perlantikan Jurulatih & Persiapan Musim 2010

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Teka teki berkenaan siapa jurulatih pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan musim 2010 ini terjawab apabila pihak pengurusan PAFA yang bermesyuarat baru-baru ini telah melantik Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib sebagai ketua jurulatih Perak yang baru manakala jurulatih skuad Presiden musim 2009, Abu Bakar Fadzim pula sebagai penolong jurulatih.

Setiausaha Kehormat Perak FA, Tuan Haji Anuar Hashim ketika dihubungi wakil SDN turut mengesahkan bahawa pasukan Perak akan beraksi di dalam Liga Super musim 2010 nanti walaupun terpaksa menyelesaikan hutang lapuk yang ditanggung oleh persatuan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)