Tag Archives: peringkat suku akhir

Piala Presiden | Terengganu Vs Perak – Suku Akhir (result)

Piala Presiden 07/2008
Khamis 10 Julai 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45PM

Terengganu 0 – 1 Perak

Petang tadi telah berlangsung perlawanan terakhir peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berkesudahan Perak menang 1 gol tanpa balas.

Gol tunggal pasukan Perak dijaringkan oleh Mohd Nazri Mohd Kamal untuk meletakkan pasukan Perak sebagai juara kumpulan A dengan 16 mata. Pada peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada hari Khamis 17 Julai 2008 nanti, pasukan Perak akan bertemu pasukan MY Team FC di Stadium Perak pada pukul 4.45 petang.

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Presiden | PDRM Vs Perak – Suku Akhir (result)

Piala Presiden 07/2008
Khamis 03 Julai 2008
Padang Utama, Pulapol
4:45PM

PDRM 0 – 4 Perak

Petang tadi telah berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang PDRM di Padang Utama Pulapol yang berkesudahan Perak menang 4 gol tanpa balas.

3 gol telah dijaringkan oleh pasukan Perak pada separuh masa pertama oleh Ahmad Fakri Saarani, Mohd Nazri Mohd Kamal dan Shahrizal Mohd Saad. Gol keempat pasukan telah dijaringkan oleh Muhamad Ariffin Norzaidi pada separuh masa kedua permainan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Presiden | PDRM Vs Perak – Suku Akhir

Piala Presiden 07/2008
Khamis 03 Julai 2008
Padang Utama, Pulapol
4:45PM

Hari ini akan berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang PDRM di Padang Utama Pulapol, Kuala Lumpur.

Perak yang telah mengumpul 10 mata setakat ini hasil dari tiga kemenangan dan seri sekali hanya memerlukan satu mata sahaja bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Presiden | Perak Vs Kedah – Suku Akhir (result)

Piala Presiden 07/2008
Isnin 30 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Perak 3 – 0 Kedah

Petang semalam telah berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Kedah di Stadium Perak yang berkesudahan Perak menang 3 gol tanpa balas.

Gol-gol pasukan Perak dijaringkan oleh Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin, Mohd Termizi Bin Abdul Rahman dan Mohd Nazri Bin Mohd Kamal.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)