Tag Archives: perdana

TM Liga Super – Selangor Vs Perak (review)

TM Liga Super
Sabtu 02 Feb 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan terakhir skuad Perak untuk pusingan pertama TM Liga Super 2007/2008 ialah bertemu dengan musuh tradisinya pasukan Selangor di Stadium Shah Alam. Skuad seladang berjaya menewaskan skuad penyu iaitu Terengganu di halaman sendiri selasa lalu dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Pasukan Selangor yang kini menduduki tangga kedua liga super juga telah menewaskan My Team FC dengan jaringan yang sama.
Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Perak Vs Pahang (review)

TM Liga Super
Sabtu 19 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ke-9 pasukan Perak kali ini adalah bertemu dengan skuad Tok Gajah iaitu Pahang di Stadium Perak, Ipoh. Skuad seladang yang telah tewas dua kali sebelum ini nampaknya bakal menghadapi tugas ‘mudah’ menentang skuad kendalian Zainal Abidin Hasan ini.
Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Helaian Jadual & Ranking TM Liga Super 2007/08

P/S: Repost Topic

Seperti yang pernah dijanjikan dahulu, pihak kami telah menyiapkan satu lagi helaian yang lebih mudah dan lengkap berbanding dengan versi asal yang pernah kami edarkan dahulu.

Helaian ini telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2003 dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan versi Microsoft Excel yang terdahulu. Berikut adalah antara versi perisian yang boleh anda gunakan:

Excel 97 (versi 8.0) dalam pakej Office 97
Excel 2000 (versi 9.0) dalam pakej Office 2000
Excel 2002 (versi 10) dalam pakej Office XP
Excel 2003 (versi 11) dalam pakej Office 2003

Selain dari versi diatas, pihak kami tidak dapat menjamin ianya akan sesuai untuk dibuka atau digunakan di komputer anda. Jika terdapat kotak ‘Security Warning’ keluar sewaktu anda membuka helaian tersebut, anda diminta untuk ‘Enable Macros’ pada jadual excel tersebut.
Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Keputusan Perlawanan TM Liga Super 07/2008 – 18 Dis 2007

negeri sembilan vs my team
Negeri Sembilan (jersi merah) menentang My Team (jersi biru) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Walaupun bermain ditempat sendiri, pasukan Negeri Sembilan gagal memanafaatkan peluang untuk mencapai kemenangan apabila sekadar seri 1 sama dengan pasukan My Team. Negeri Sembilan mendahului pada separuh masa pertama sebelum My Team berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)