Tag Archives: perak

Perak FA | Adakah Shamsul Saad Masih Relevan ?

Tujuh (7) perlawanan Liga Super tanpa sebarang kemenangan. Rekod yang dilakar Perak setakat ini untuk musim 2016. Masih berbangga dengan jumlah bolos yang dikatakan kurang berbanding pasukan lain, Perak seolah-olah terlupa bahawa tiada kemenangan dilakar sehingga kini. 4 mata yang diperoleh adalah hasil 4 kali seri itu belum cukup untuk menjamin kedudukan Perak dalam Liga Super 2017 nanti.

Diakui, Perak cukup kental di bahagian pertahanan tetapi cukup tumpul dibarisan serangan dan huru hara di bahagian tengah. Teringat kata-kata Mario Gomez tentang Perak, beliau kagum dengan pemain-pemain Perak secara keseluruhannya. Perak boleh menjadi pasukan yang digeruni musim ini dengan kualiti pemain yang ada.

Continue reading

Likes(12)Dislikes(0)

Piala FA 2016 | Perak Ke Suku Akhir Setelah Sekian Lama

Adakah sejarah bakal tercipta untuk ke sekian kalinya, selepas kali terakhir Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA adalah pada musim 2005 tetapi terpaksa menyerah kejuaraan kepada Selangor selepas tewas 2-4. Itu merupakan penampilan Perak ke 5 dalam perlawanan akhir. Namun, selepas itu, Perak gagal mengulangi sehinggalah ke hari ini.

Musim 2016, Perak dilihat begitu serius untuk memastikan Piala FA kembali ke Ipoh. Cemerlang dalam perlawanan pertama menumbangkan Sarawak 3-1 dan selepas itu menewaskan Kuantan FA 1-0 dan kini bakal berdepan The City Boys dalam aksi suku akhiryang dijadualkan pada 19 Mac 2016 dan 2 April 2016 nanti.

Continue reading

Likes(10)Dislikes(0)

Liga Super 2016 | Perak vs Kedah (result)

liga super 2016

 

 

 

 

Sabtu, 27 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 0 – 0 Kedah

Perak dipaksa berkongsi 1 mata dengan Sang Helang Merah di Ipoh semalam.

Kedah yang tampil dengan barisan terkuat mereka dilihat menguasai hampir keseluruhan babak pertama. Mereka yang mengamalkan corak permainan Short Passes menyukarkan Perak untuk mengimbangi permainan. Hantaran-hantaran pendek mereka berjaya menghuru-harakan pertahanan Perak dan diminit ke 12, Kedah hampir di depan apabila percubaan dinafikan tiang gol ketika penjaga gol utama Perak sudah pun tertewas.

Continue reading

Likes(7)Dislikes(0)