Tag Archives: perak fa

Liga Super 2017 | Johor DT vs Perak (Result)

Liga Super 2017

Rabu, 26 Julai 2017
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus
9.00 Malam

JOHOR DT 2 – 1 PERAK

Kejutan hampir berlaku di Larkin semalam. Kedua-dua pasukan mempamerkan kualiti tersendiri yang selepas itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat-peminat bolasepak tempatan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Larkin bukanlah gelanggang yang mudah untuk mana-mana lawan mendapatkan 3 mata, dan itulah yang berlaku semalam dalam perlawanan yang cukup dramatik. Penulis ada pandangan tersendiri tentang perlawanan semalam.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(0)

Kelebihan Dalam Kehambaran Permulaan | Perak FA

“If You Can’t Fly, Then Run,
If You Can’t Run, Then Walk,
If You Can’t Walk, Then Crawl, But Whatever You Do,
You Have To Keep Moving Forward.”

- Martin Luther King Jr-

Perak memulakan aksi Liga Super 2017 dengan agak perlahan. Keputusan dua perlawanan awal ada menceritakan keseluruhan prestasi Perak setakat ini.

Pada awalnya, para penyokong amat teruja dengan barisan pemain-pemain yang disenaraikan untuk musim baharu ini. ‘Expectation’ mereka sangat tinggi untuk menyaksikan kelibat-kelibat pemain-pemain yang bertaraf bintang ini. Tetapi, segalanya ‘belum bermula’. Beberapa bahagian dalam pasukan belum berfungsi dengan baik. Tidak adil untuk kita ‘flagging’ kan pemain-pemain ini sebagai gagal kerana, Perak diketuai oleh seorang Ketua Jurulatih yang cukup berpengalaman dan cukup peka dalam setiap tindakannya.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(0)

Perak FA | Adakah Musim Ini Ulangan Seperti Musim-Musim Lalu?

GRAF 2015

Sudah pasti ramai merindui saat-saat kegemilangan Perak yang pernah menjadi sebuah pasukan yang digeruni suatu masa dulu. ‘Orang Lama’ yang telah bersama Perak sejak dulu semestinya paling terkesan dengan apa yang berlaku ketika ini. Tiada jawapan yang pasti untuk menjawab mengapa prestasi Perak turun naik sejak kebelakangan ini, biarpun pelbagai pendapat dan pandangan dilontarkan melalui media-media sosial, namun keadaannya tetap sama saban tahun.

Continue reading

Likes(11)Dislikes(0)

Info SDN | Selamat Datang Tahun 2015

Diimbas kembali prestasi Perak dimusim 2014, daripada 22 perlawanan Liga Super, hanya 8 kemenangan diraih sambil 2 kali seri dan 12 kali kekalahan direkodkan. Jelas menunjukkan kelemahan daripada segenap aspek. Tidak perlulah dihuraikan satu persatu kelemahan-kelemahan yang kita sendiri sudah sedia maklum, malah, ada yang sudah bertahun-tahun berlarutan kelemahan itu tanpa sebarang kesedaran dan perubahan.

Perak menjadi pasukan ke 9 terhebat di Malaysia daripada 12 pasukan yang beraksi dalam Liga Super 2014. Berdasarkan rekod sejak 2010, musim 2014 adalah musim paling banyak Perak menerima kekalahan. Antara faktor utama yang dikenalpasti adalah kebangkitan pasukan-pasukan dalam saingan musim 2014. Malang buat Perak kerana tidak mampu menyaingi pasukan-pasukan lain biarpun pasukan-pasukan itu sebelum ini dilihat agak kerdil.

Continue reading

Likes(6)Dislikes(19)