Tag Archives: pembukaan rasmi

Sukma XIII Melaka 2010 | Pembukaan Rasmi

Sukma 13 | Melaka

Sukma yang ke 13 telah dilancarkan dengan rasminya pada 12 Jun 2010 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil bin Yaakob di hadapan lebih 35 ribu penonton di Stadium Hang Jebat malam tadi. Turut sama berada pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Perak yang menduduki tangga ketujuh pada Sukma 2008 telah menghantar kontinjen sebanyak 450 orang atlet termasuk jurulatih dan pegawai-pegawai sukan. Sebanyak 36 acara sukan dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan 1410 pingat menjadi rebutan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Sukma XII Terengganu 2008 | Pembukaan Rasmi

Sukma 12 | Terengganu

Sukma yang ke 12 kali telah dibuka dengan rasminya pada 31 Mei 2008 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. Perak yang menduduki tempat ketiga untuk 3 tahun berturut-turut pada 2002, 2004 dan 2006 telah menghantar kontinjen sebanyak 576 orang atlet termasuk pegawai sukan.

Sebanyak 31 acara sukan disertai oleh kontijen Perak kali ini yang diketuai oleh Y.B Dato’ Jamaluddin Al-Amin bin Haji Ahmad iaitu Pegawai Kewangan Negeri Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)