Tag Archives: padang 2 renjer

Piala Presiden | Perak Vs My Team – Separuh Akhir (result)

Piala Presiden 07/2008
Isnin 21 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM

Perak 4 – 0 My Team

Petang tadi telah berlangsung perlawanan pertama peringkat separuh akhir kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang My Team di Padang 2 Renjer, Tambun yang berkesudahan Perak menang bergaya 4 gol tanpa balas.

Gol pembukaan pasukan Perak dijaringkan oleh Mohd Noor Hazrul melalui satu tendangan percuma dari luar kotak penalti untuk meletakkan pasukan Perak mendahului pasukan lawan dengan 1 – 0 pada separuh masa pertama.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Ahad 13 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM

Perak 2 – 1 Sarawak

“Tawa Dalam Tangisan” adalah skrip untuk perlawanan terakhir skuad belia Perak di Padang 2 Renjer Tambun apabila menewaskan pasukan Sarawak 2 gol berbalas 1. Kemenangan ini tidak cukup untuk melayakkan pasukan Perak kerana semua pasukan pencabarnya turut mencatatkan kemenangan.

Ketua jurulatih skuad belia ketika dihubungi berkata “Memang sesuatu yang amat menyedihkan apabila memenangi perlawanan namun tidak pula layak ke peringkat seterusnya. Tetapi pujian harus diberikan kepada semua pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh hingga ke penghujung permainan.”

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008

Piala Belia 07/2008
Ahad 13 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM

Hari ini adalah perlawanan terakhir untuk skuad belia Perak di Padang 2 Renjer Tambun menentang pasukan Sarawak dalam kempen Piala Belia kumpulan A petang ini. Kemenangan petang ini cukup penting untuk memastikan peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir masih terbuka walaupun perlu mengambil kira keputusan di tempat lain.

Di bawah kami sediakan kedudukan semasa Piala Belia kumpulan A dan beberapa perlawanan yang berlangsung hari ini sebelum tirai liga Piala Belia dilabuhkan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)