Tag Archives: padang 2 renjer tambun

Piala Belia | Perak vs PDRM| 5 Julai 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Sabtu 5 Julai 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Perak 3 – 0 PDRM

Cemerlang!, itulah ungkapan paling sesuai untuk skuad belia Perak yang mencatatkan kemenangan 3 – 0 ketika menentang pasukan PDRM di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh pada petang tadi.

Ini kerana pasukan Perak hanya beraksi 10 orang pemain apabila Mohd Safwan Mahayudin dilayangkan kad merah pada minit ke 29 separuh masa pertama. Walaupun tertekan, para pemain masih mampu untuk bertahan sehingga tamat separuh masa pertama.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Belia | Perak vs PDRM| 5 Julai 2008

Piala Belia 07/2008
Sabtu 5 Julai 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Skuad belia Perak yang mencatatkan keputusan seri ketika menentang pasukan Selangor tempohari akan beraksi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan PDRM di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh pada pukul 4:45 petang nanti.

Perlawanan ini amatlah penting untuk pasukan Perak mencatatkan kemenangan kerana berbaki 3 perlawanan sahaja lagi. Kemenangan pasti akan mencerahkan peluang Perak untuk menjadi 2 pasukan terbaik kumpulan A dan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Belia | Perak vs Plus FC | 22 Jun 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Ahad 22 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Perak 4 – 1 Plus FC

Skuad belia Perak beraksi pada petang tadi dengan semangat juang yang tinggi untuk meraih satu lagi kemenangan besar menewaskan pasukan Plus FC di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh dengan keputusan 4 gol berbalas 1.

Pasukan Perak terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal oleh pasukan pelawat pada minit ke 39 permainan melalui Mohd Asyididil Ashar sebelum Mohamad Khalis Ibrahim menjaringkan gol penyamaan 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan terikat dengan 1 sama.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Belia | Perak vs Plus FC | 22 Jun 2008

Piala Belia 07/2008
Ahad 22 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Skuad belia Perak yang menang bergaya menewaskan pasukan Kelantan tempohari akan beraksi lagi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan Plus FC di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh pada pukul 4:45 petang nanti.

Buktikan kepada semua bahawa pasukan Perak tidak ketandusan bakat-bakat muda yang berkaliber untuk membawa cabaran skuad senior pada masa hadapan kelak. Kepada peminat yang berkesempatan, bolehlah datang beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan muda Perak ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)