Tag Archives: my team

TM Liga Super – Perak Vs My Team (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 1 Ogos 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 – 1 My Team

Skuad seladang mengakhiri kempen TM Liga Super 2009 ini dengan mengikat pasukan kelab My Team dengan jaringan 1 – 1 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dengan disaksikan tidak sampai 200 orang penyokong setianya.

Perak memulakan aksi dengan baik apabila beberapa percubaan mereka nyaris menghasilkan jaringan terutama melalui Saufi Sa’aidi yang terlepas peluang walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan pada minit ke 24.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Perak Vs My Team (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 1 Ogos 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan ke 26 dan terakhir dalam kempen TM Liga Super 2009 buat pasukan Perak adalah menentang pasukan My Team di Ipoh. Pada perlawanan pertama 5 Mei di Kelana Jaya, Perak tewas kepada My Team dengan jaringan 2 – 1.

Kemenangan boleh dianggap penting untuk memastikan pasukan Perak kekal di tangga ke 10 atau sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri bagi mengelak dipintas oleh pasukan My Team yang berkedudukan ke 11 ketika ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – My Team Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 5 Mei 2009
Stadium MBPJ Kelana Jaya
8:45PM

My Team 2 – 1 Perak

Perak tumpas kepada pasukan tuan rumah, My Team 2 – 1 pada perlawanan ke 14 TM Liga Super 2009 malam tadi. My Team bermula garang apabila mengejutkan pasukan pelawat seawal minit ke 17 melalui rembatan jarak dekat oleh Depan Sakwati.

Secara keseluruhan permainan lebih banyak dikuasai oleh pasukan My Team dengan serangan yang lebih teratur. Perak pula lebih banyak bertahan dengan sekali sekala menyerang balas melalui hantaran jauh namun sering kali tersasar jauh.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – My Team Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 5 Mei 2009
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM

Perlawanan ke 14 TM Liga Super 2009 buat pasukan Perak adalah bertemu pasukan My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perak perlu memenangi perlawanan ini setelah tewas “mengejut” kepada pasukan Pulau Pinang 0 – 1 pada hari sabtu lalu.

Skuad seladang dijangka dapat membariskan kembali 3 tonggak utama yang menjalani penggantungan 1 perlawanan tempohari iaitu penyerang utama, Razali Umar, pertahanan kanan, Mohd Nor Hazrul dan pemain tengah, Mohd Arsyah Ayob.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)