Tag Archives: Liga Super 2013

Liga Super 2013 | Rangkuman Prestasi Perak FA (Pusingan Pertama)

Perlawanan menentang Lions XII 6 April 2013 lalu melengkapkan jadual Pusingan Pertama untuk musim 2013. Perak kini menghuni tangga ke 9 daripada 11 pasukan dengan 14 Mata.

Jika dibandingkan dengan prestasi Pusingan Pertama musim 2012 dan 2011, musim ini adalah yang terburuk.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Persahabatan | Perak vs YBU FC (Skuad Perak Di Liga FAM)

Stadium Ipoh, Perak
23 November 2012
8.30 malam

Bagi terus memilih pemain import berkaliber, jurulatih Perak, Mohd Azraai Khoor Abdullah sekali lagi akan menilai dalam pertemuan perlawanan persahabatan esok menentang YBU FC (Yayasan Bina Upaya). Kesungguhan ini dilihat apabila tiga pemain import dari Brazil pada sesi ujian pertama ditolak bulat-bulat jurulatih kerana tidak menunjukkan ciri-ciri pemain import yang kental dan berkaliber.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Persahabatan | Perak vs Perak (Skuad Piala Emas Raja-Raja)

Selasa, 20 Nov 2012
Stadium Perak
5:00 Petang

Perak 1 – 1 Perak (Skuad Piala Emas Raja-Raja)

 

Biarpun keputusan tidak memihak kepada Skuad Senior Perak, namun, pengendali Perak Azraai Khor Abdullah tetap optimis sambil memuji barisan muda yang bakal membawa cabaran Perak memburu kejuaraan Piala Emas Raja-Raja 2012. Beliau kagum dengan aksi yang dipamerkan seolah-olah memberi khabar gembira buat beliau kerana selepas ini memiliki banyak pilihan untuk mengisi slot Skuad Senior sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

img_0643.jpg

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Umum | Ciri-Ciri Pemain Import Perak Yang Anda Impikan

Suatu ketika dahulu, pemain-pemain import Perak cukup memberi kesan dan meninggalkan memori indah kepada para penyokong. Siapa tidak kenal dengan Laszlo Repasi, Frank Seator, apatah lagi Keita Mandjou. Ini antara nama-nama yang pernah menjadi pencetus atau punca Perak digeruni disamping semangat sepasukan pemain-pemain Perak ketika itu.

Musim 2012, FAM kembali memberi kebenaran bersyarat kepada semua pasukan untuk mengambil pemain Import untuk pasukan masing-masing. Namun, Perak dianggap gagal mengambil import yang berkualiti biarpun Michal Kubala berjaya menjadi penjaring terbanyak Perak dan menjadi buah mulut pasukan lain ketika itu. Lebih mendukacitakan adalah prestasi Lazar Popovic yang pada awalnya dilihat mampu menimbulkan impak kepada pasukan, tetapi indah khabar dari rupa.

Continue reading

Likes(1)Dislikes(0)