Tag Archives: Liga Super 2012

Rangkuman| Pencapaian Perak Liga Super 2012

perakfa.jpg

Perak menutup musim 2012 di Ipoh dengan membenam Kuala Lumpur 5-2. Ternyata, Perak mempamerkan kebangkitan dari musim ke musim jika dibandingkan rekod musim 2010, 2011 dan 2012.

Musim 2010, Perak menghuni tangga ke 11 Liga dengan 8 kemenangan, 6 kali seri dan 12 kekalahan. Jaringan yang berjaya direkodkan hanya 25 gol dan bolos 30 gol. Ianya dikatakan antara rekod terburuk Perak dalam saingan Liga Super Malaysia. Perak dilihat cuba bangkit musim berikut dengan mencipta 10 kemenangan daripada 26 perlawanan, 10 seri dalam selebihnya tewas. Untuk musim 2011 ini, Pertahanan Perak dilihat sedikit ampuh berbanding sebelumnya yang hanya melepaskan 24 gol dan merekodkan 31 jaringan untuk berada di tangga ke 6 Liga secara keseluruhannya.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Perak Vs Kuala Lumpur (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 14 Julai 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 5 -2 Kuala Lumpur

Perlawanan terakhir musim ini menemukan Perak dengan pasukan yang mencipta rekod tanpa menang setakat ini iaitu The City Boys Kuala Lumpur.

Biarpun Perak mendahului di awal minit separuh masa pertama melalui sepakan penalti Michal Kubala, Kuala Lumpur dilihat cuba bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada satu ketika.

Selang beberapa minit kemudian, ‘Permata Hitam’ Perak meledakkan gol pendahuluan untuk Perak di depan dengan 2-1 sebelum Shafiq Jamal menghukum kealpaan benteng Kuala Lumpur untuk melebarkan kedudukan 3-1.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Perak Vs Kedah (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 10 Julai 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 -2 Kedah

Perak melayani tetamu dari utara semenanjung iaitu Kedah tanpa pengendali Haji Norizan Bakar yang direhatkan sehingga perlawanan terakhir Liga Super 2012.

Chong Yee Fatt mengambil langkah drastik dengan merehatkan Nasril Nourdin yang melepaskan 5 gol dalam perlawanan lalu dan memberi peluang kepada Kamarul Effendi untuk menunjukkan keupayaan sebenar beliau selaku benteng terakhir. Begitu juga dengan Wan Hossen Abd Ghani yang dimasukkan dalam kesebelasan utama menggantikan Sharulnizam Mustafa yang dilayangkan kad merah dalam perlawanan lalu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Kelantan Vs Perak (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 7 Julai 2012
Stadium Sultan Muhammad Ke IV
8:45 Malam

Kelantan 6 – 0 Perak

Kota Bharu menjadi saksi bisu kekalahan memalukan Perak. Ketika harapan menyaksikan kebangkitan sebaliknya tumbang dalam keadaan yang tidak terkata aibnya.

Apa punca sebenarnya? Kini maruah Perak entah ke mana selepas dimalukan di hadapan hampir jutaan penonton di Malaysia. Layakkan Perak berada di dalam kelompok 3 terbaik dalam Malaysia dengan apa yang dipersembahkan malam tadi? Suram, sayu dikalangan para penyokong Perak disegenap pelusuk bumi Malaysia belum lagi diambil kira.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)