Tag Archives: liga super 2010

Seladang Fan Club | Rombongan Ke Pahang – 9 Januari 2010

Sebuah kelab yang baru ditubuhkan iaitu Seladang Fan Club yang berpengkalan di Ipoh akan mengadakan rombongan bas untuk menonton perlawanan pertama Liga Super 2010 antara pasukan Perak menentang pasukan Pahang di Kuantan pada hari Sabtu, 9 Januari 2010 ini.

Rombongan kali ini akan bertolak dari Ipoh dan singgah di Lembah Klang untuk mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Antara lokasi terawal yang dituju ialah Pantai Teluk Cempedak untuk semua penumpang bersantai sebelum bersama-sama menonton perlawanan bolasepak pada sebelah malamnya di Stadium Darul Makmur.

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Pro & Kontra | Pahang Ke Liga Super Ganti Harimau Muda A

TM Liga Malaysia 2010

Skuad Tok Gajah bukan sahaja sah beraksi dalam Liga Malaysia musim 2010 nanti tetapi mendapat durian runtuh apabila dinaikkan ke Liga Super 2010 menggantikan tempat Harimau Muda A (bawah 20) yang dibubarkan selepas mesyuarat di Wisma FAM hari ini.

Ini bukanlah kali pertama Pahang “terselamat” dari diturunkan ke Liga Perdana kerana jika anda peminat setia Liga M pasti sudah “lali” dengan fenomena tersebut. Dengan keputusan itu juga jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor bakal “goyang kaki” untuk musim 2010 ini.

Sudah pasti kerja-kerja beliau hanya terhad kepada kejohanan yang melibatkan pemain kebangsaan bawah 21 tahun. Manakala bagi Harimau Muda B (bawah 18) kendalian Ong Kim Swee pula, mereka bakal meneruskan perjuangan di Liga Perdana kelak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)