Tag Archives: liga premier

TM Liga Malaysia 2009 | Info

Semalam telah berlangsung majlis undian Piala FA dan penentuan pasukan dalam persaingan Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Premier di Wisma FAM. Sebanyak 15 pasukan bertanding dalam Liga Super dan 14 pasukan dalam Liga Premier.

Pasukan PDRM yang terdahulu telah menarik diri dari persaingan Liga Super telah kembali semula dan sebagai hukuman mereka di denda RM 10,000 oleh FAM. Nasib pasukan Kelantan amat baik apabila tempat mereka didalam Liga Super turut terjamin apabila FAM mengekalkan tempat mereka dalam Liga Super.

Dalam persaingan Piala FA 2009, pasukan Perak akan berhadapan dengan pasukan SDM Kepala Batas di pusingan pertama pada 3 Februari 2009 dan perlawanan kedua pada 7 Februari 2009. Jika melepasi perlawanan tersebut, Perak dijangka akan bertemu pemenang antara pasukan DPMM FC dan Kuala Muda FC pada 21 Februari 2009.

Berikut adalah pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Premier Musim 2009.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

5 Penjaring Terbanyak Liga Super & Liga Premier 07/2008

Top Scorer Liga Super 07/2008

Berikut adalah senarai 5 penjaring gol terbanyak untuk kempen TM Liga Super dan TM Liga Premier 2007/2008 yang baru berakhir tempohari. Pemenang kasut emas untuk Liga Super ialah Marlon Alex James dari Kedah dengan 23 gol manakala pemenang bagi Liga Premier pula adalah Mouhamadou Moustapha dari Kelantan yang meledakkan 27 gol.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 4 April 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008  berlangsung lagi malam ini dengan skuad Harimau Muda bertandang ke Stadium Sultan Mohd Ke-IV menentang Kelantan manakala pendahulu liga premier, Plus FC akan melayan kunjungan Shahzan Muda di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Piala FA 07/2008 – 21 Mac 2008

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 akan berlangsung malam esok dengan 7 lagi pertemuan. Pertemuan pusingan kedua timbal balik pertama ini menyaksikan 2 perlawanan yang dijangka cukup sengit iaitu Perak bakal menentang Selangor manakala Terengganu berhadapan pasukan Negeri Sembilan.

Turut dijalankan serentak pada malam esok ialah perlawanan tunggal TM Liga Premier antara pasukan Kelantan menentang PKNS FC di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)