Tag Archives: laos

AFF Suzuki Cup 2008 | Malaysia Vs Laos (result)

aff-suzuki-cup-2008.jpg
6 Disember 2008
Surakul Stadium, Phuket
5:00PM

Malaysia 3 – 0 Laos

Safee Sali 68′, 87′
Indra Putra Mahayuddin 73′

Pasukan Malaysia sekadar mencatatkan kemenangan 3 – 0 keatas Laos pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2008 yang berlangsung di Stadium Surakul, Phuket. Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke 68 melalui Safee Sali hasil tandukan menarik setelah menerima hantaran dari sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

AFF Futsal Championship 2008 | 31 Ogos 2008 (result)

Thailand yang diwakili oleh pemain bawah 21 tahun mereka mengekalkan kejuaraan kali keenam berturut-turut pada Kejohanan Futsal AFF 2008 apabila menewaskan Indonesia di perlawanan akhir dengan jaringan 5 – 1 di Stadium Nimibutr, Bangkok semalam.

Sementara itu dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Brunei dengan jaringan 8 – 2 untuk meraih tempat ketiga. Gol-gol pasukan Malaysia disumbangkan oleh Ahmad Hanif Karnim – 3 gol, Muhammad Fadhil Yusof – 3 gol serta satu gol dari N. Saravanan dan Safar Mohamad.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

AFF Futsal Championship 2008 | 30 Ogos 2008 (result)

Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Futsal AFF 2008 apabila tumpas kepada barisan muda Thailand dengan jaringan 4 – 0 di Stadium Nimibutr, Bangkok pada perlawanan separuh akhir semalam.

Gol-gol pasukan Thailand bawah 21 tahun itu dijaringkan oleh Nattawut Kongnimit pada minit ke 31, Suphahut Thueanklang minit ke 36, Nattavut Madyalan minit ke 38 dan Kritsada Wongkaeo untuk gol terakhir pada minit ke 39.

Dengan kekalahan ini pasukan Malaysia akan bertemu dengan pasukan Brunei untuk penentuan tempat ketiga dan keempat setelah Indonesia membelasah pasukan Brunei dengan jaringan 8 – 1 untuk menempah tempat ke perlawanan akhir bertemu Thailand.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

AFF Futsal Championship 2008 | 29 Ogos 2008 (result)

Malaysia mencatatkan kemenangan dramatik apabila menewaskan pasukan Vietnam dalam pertemuan terakhir kumpulan B dengan keputusan 3 – 2 di Stadium Nimibutr, Bangkok untuk bertemu pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir petang nanti.

Gol-gol pasukan Malaysia telah dijaringkan oleh Muhammad Fadhil Yusof pada minit ke 7 untuk gol pertama sebelum Mohd Fadhil Karnim menyumbat gol kedua pada minit ke 14 untuk memastikan Malaysia mendahului Vietnam 2 – 0 pada separuh masa pertama.

5 minit bersambung separuh masa kedua, Vietnam menjaringkan gol pertama mereka melalui Nguyen Quang Minh dan Truong Quoc Tuan menyamakan kedudukan pada minit ke 35 sebelum kapten pasukan Malaysia, Addie Azwan Zainal menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk memastikan Malaysia menang 3 – 2.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)