Tag Archives: kuala lumpur

TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Kuala Lumpur (Result)

Piala Malaysia 2017

Selasa,1.8.2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 malam.

Perak 2 – 0 Kuala Lumpur

Seperti diramal, Perak turun dengan beberapa perubahan dengan merehatkan beberapa pemain utama. Perak tidak menunggu lama untuk di depan hasil jaringan Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke 22. Selepas itu, minit ke 37, Kenny Paulraj berjaya menambah jaringan berpunca daripada sepakan penjuru.

Continue reading

Likes(2)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Kuala Lumpur (Preview)

Piala Malaysia 2017

Selasa, 1.8.2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perak bakal meneruskan baki saingan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia Selasa nanti tanpa sebarang tekanan. Tumpuan kini terarah untuk mempersiapkan tim menghadapi jadual padat Liga Malaysia. Disamping itu, Mehmet Durakovic boleh berkira-kira untuk menurunkan barisan yang lama memanaskan bangku simpanan. Ini lah masanya yang sesuai. Ianya dilihat amat penting untuk memastikan semua pemain relevan untuk diturunkan pada bila-bila masa selepas ini.

Continue reading

Likes(2)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia | Saingan Dalam Kumpulan B

Kumpulan B : Perak, Felda United, PKNS FC dan Kuala Lumpur

Perak. Sebuah pasukan yang berada ditahap ‘ok’ setiap musim. Merancang untuk ‘play save’ dalam Liga Super bagi menjaga rekod sebagai pasukan yang tidak pernah jatuh ke liga bawahan. Bagaimana pun, musim 2017 seolah-olah bakal mencipta sesuatu yang luar biasa, tapi malangnya, ianya masih ‘biasa’. 12 perlawanan liga berjaya seri sebanyak 5 kali dan tewas 3 kali, sekadar di tangga ke 5 liga TETAPI, 17 mata bukanlah sesuatu yang mendukacitakan kerana hanya 4 mata membezakan Perak dengan penghuni tangga kedua liga iaitu Pahang.

Bercakap mengenai Piala Malaysia, Perak sudah lama tidak merasai nikmat sebenar Piala Malaysia. Felda United, PKNS dan Kuala Lumpur bukanlah lawan yang terhebat untuk ditumbangkan berbanding bintang-bintang yang ada dalam pasukan Perak. Kehadiran Mehmet Durakovic dalam pasukan masih belum mencetuskan apa-apa setakat ini, adakah Piala Malaysia menjadi sasaran beliau? 22 bolos dalam 12 perlawanan sudah memadai untuk ceritakan kerapuhan pertahanan Perak. Terlalu banyak ‘homework’ untuk Mehmet jika ingin menjulang piala kali ini bersama Perak. Kita nantikan hasilnya nanti.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Perak Vs Kuala Lumpur (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 7 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Kuala Lumpur

Dua gol Oleh Mohd Rafiuddin dan Fahrul Razi menyelamatkan Perak sekali gus mengutip 3 mata penuh. Biarpun misi 3 mata dilihat berjaya, namun terlalu banyak penambahbaikan perlu dilakukan oleh Haji Norizan Bakar.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)