Tag Archives: Kompleks Sukan NAZA Gurun

Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Selasa 3 Jun 2008
Kompleks Sukan NAZA Gurun
4:45PM

Kuala Muda 3 – 1 Perak

Seakan satu kesinambungan skuad Sukma yang tewas petang tadi, skuad belia Perak turut kecewa apabila tumpas kepada pasukan tuan rumah dengan keputusan 3 gol berbalas 1. Gol-gol Kuala Muda dijaringkan seawal minit ke 2 melalui tendangan pecuma dari jarak 30 meter manakala gol kedua dan ketiga dijaringkan pada minit ke 35 dan 37.

Penolong jurulatih skuad belia, Johari Hamzah ketika dihubungi berkata ketiadaan penjaga gol utama Khairul Amri yang beraksi dengan skuad Sukma Perak benar-benar menyentap semangat anak buahnya. Tuan Khairul Ikhwan yang diberi kepercayaan mengawal gawang gol dilihat agak gugup dan memaksa beliau membuat pertukaran dengan memasukkan Nik Mohd Shahrin.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008

Piala Belia 07/2008
Selasa 3 Jun 2008
Kompleks Sukan NAZA Gurun
4:45PM

Perak akan berkunjung ke Kompleks Sukan NAZA Gurun petang ini untuk menghadapi perlawanan Piala Belia menentang pasukan Kuala Muda. Pasukan seladang pada perlawanan lalu menentang ATM terpaksa ditunda pada tarikh yang akan diputuskan kemudian oleh kerana hujan lebat.

Skuad hari ini akan dipimpin oleh penolong skuad belia iaitu saudara Johari Hamzah setelah ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim bertugas di Sukma, Terengganu. Perak kehilangan 2 tonggak utama ialah penjaga gol Khairul Amri Bin Salehuddin dan pemain tengah Mohd Safwan Bin Mahayudin setelah khidmat mereka ditagih oleh skuad Sukma Perak.

Continue reading

Likes(1)Dislikes(0)