Tag Archives: khalid jamlus

Muhammad Khalid Bin Jamlus | The Unsung Hero

Beliau dilahirkan pada 23 Februari 1977 dan bermain untuk pasukan Perak sebagai penyerang. Pernah berhijrah ke Selangor pada tahun 2005 namun kembali semula menabur bakti kepada Perak pada musim 2006/2007 setelah aksinya di sana tidak menyengat.

Pernah merangkul kasut emas pada tahun 2002 dengan 17 gol setelah kelibat import dimansuhkan buat sementara waktu dan beliau mencatatkan nama sebagai penyerang tempatan terbaik Liga Malaysia untuk 2 musim berturut-turut.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

5 Penjaring Terbanyak Liga Super & Liga Premier 07/2008

Top Scorer Liga Super 07/2008

Berikut adalah senarai 5 penjaring gol terbanyak untuk kempen TM Liga Super dan TM Liga Premier 2007/2008 yang baru berakhir tempohari. Pemenang kasut emas untuk Liga Super ialah Marlon Alex James dari Kedah dengan 23 gol manakala pemenang bagi Liga Premier pula adalah Mouhamadou Moustapha dari Kelantan yang meledakkan 27 gol.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Dilema Seladang | The Wild Ox Dilemma

Tentu masih ramai lagi peminat bolasepak Perak yang merasa sedih dan mungkin marah dengan kekalahan yang diterima semalam. Pasukan Perak sekali lagi menanggung aib akibat kekalahan kepada pasukan Kedah dengan keputusan 5 gol berbalas 1.

Ini menjadikan Perak telah dibolosi dengan 15 gol sepanjang 3 perlawanan terakhir yang dilaluinya. Perlawanan pertama dalam kempen AFC Cup 2008 ketika bertemu Singapore Armed Forces yang berakhir dengan 6-1. Kemudian mengikat Selangor dengan keputusan 4-4 untuk kempen TM Piala FA dan terbaru tumpas kepada Kedah 5-1 dalam saingan TM Liga Super.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Perak Vs P. Pinang (result)

TM Liga Super
Sabtu 15 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 3 – 1 P. Pinang

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Nasril Nourdin

K. Nanthakumar – Mario Berrios – Jorge Munoz – Chan Wing Hoong

Danial Fadzly – Ahmad Shahrul – Mohd Nor Hazrul – Shahrulnizam

Carlos Caceres – Khalid Jamlus

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)