Tag Archives: kelantan

Liga Super 2017 | Perak vs Kelantan (result)

Rabu, 01 Mac 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perak 2 – 4 Kelantan

Perak memulakan perlawanan dengan permainan yang agak baik. Sekali gus mencetuskan impresi positif untuk perlawanan pada malam ini. Zaquan Adha hampir meledakkan gol seawal minit ke pertama, bola hanya menuju ke ‘side netting’ pintu gol Kelantan. 25 Minit pertama, Perak mendominasi zon tengah padang hasil gandingan Hafiz Kamal dan Nasir Basharuddin. Hasilnya, minit ke 18, Mirchiev berjaya melakukan ‘free header’ menewaskan penjaga Kelantan selepas Zaquan Adha berjaya melepasi dua halangan pemain Kelantan dan melakukan ‘cross’ menarik.

Continue reading

Likes(7)Dislikes(0)

Liga Super 2016 | Perak vs Kelantan (result)

liga super 2016

 

 

 

 

Sabtu, 13 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 0 – 0 Kelantan

Perak memulakan aksi Liga Super 2016 semalam dengan mengikat Kelantan seri 0-0. Sebelum perlawanan bermula, agak membimbangkan selepas melihat Kelantan membariskan kesebelasan terkuat mereka yang ternyata lebih berpengalaman berbanding Perak.

45 minit pertama, kedua-dua pasukan dilihat agak tercari-cari rentak dalam keadaan yang cukup berhati-hati. Agak mengejutkan apabila Perak turun tanpa pemain tengah berkaliber Nasir Basharuddin dan Ahmad Khairil Anuar atau Beto dilihat mengisi kekosongan itu bergandingan dengan Sukri Hamid. Memang agak sukar untuk beliau menggerakkan jentera tengah Perak ditambah pula dengan saiz tubuh yang agak kecil berbanding lawan. Tetapi Beto berjaya memainkan peranan yang diberikan biarpun permulaannya agak lembab dan sering dikasari lawan.

Continue reading

Likes(5)Dislikes(0)

Liga Super 2016 | Perak vs Kelantan (Preview)

liga super 2016

 

 

 

 

Sabtu, 13 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Selamat kembali Liga Super 2016! Musim 2016 bakal membuka tirai Sabtu nanti yang menyaksikan Perak akan berentap dengan The Red Warrior di Ipoh. Kali terakhir Perak mengatasi Kelantan 2-1 di Ipoh adalah pada 8 Feb 2014 hasil jaringan Sukri Hamid dan Khairul Asyraf Sahizah. Manakala musim lalu kita hanya mampu seri 0-0 di Ipoh dengan lawan yang sama.

Perak yang mengalami perubahan dalaman yang mendadak musim ini, bakal tampil dengan nafas baharu musim ini. Seperti biasa, harapan para penyokong amat tinggi biarpun dilabelkan sebagai pasukan biasa berbanding pasukan-pasukan lain dalam Liga Super. Konsep murah tapi ‘power’ menuntut keseluruhan jentera pasukan membuktikan kemampuan dalam setiap aksi sehinggalah hujung musim.

Continue reading

Likes(3)Dislikes(0)

Liga Super 2015 | Kelantan vs Perak (result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 1 Ogos 2015
8.45 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru

Kelantan 1 – 0 Perak

Ini bukan aksi terbaik Perak sebenarnya. Ketiadaan Nasir Basharuddin amat dirasai. Mana tidaknya, Role of Play Sukri Hamid tidak setara dengan Ketua Pasukan itu. Perak melalui detik-detik mencabar sebelum tewas tipis kepada Kelantan. Keberkesanan bahagian serangan juga perlu diberikan perhatian apabila gagal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(0)