Tag Archives: kedah

TM Piala Malaysia 2017 | Saingan Kumpulan C

Kumpulan C : Kedah, Kelantan, Melaka United dan UiTM FC

Kedah. Sebuah pasukan yang serba sempurna. Memiliki set lengkap bermula daripada Pengurusan, Jurulatih sehinggalah pemain-pemain. Mereka tampil untuk saingan musim 2017 dengan rentak yang sangat berbeza dan mempunyai falsafah bolasepak tersendiri. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, rentak mereka sedikit terganggu mungkin kerana faktor perubahan jurulatih atau faktor taktikal yang sudah mula dihidu oleh pihak lawan. Juara Piala FA 2017 ini, perlu memikirkan untuk meningkatkan prestasi semasa mereka bermula dari sekarang untuk mengelakkan mereka mengalami kemeruduman prestasi. Peningkatan yang dimaksudkan adalah dari segi variasi falsafah asas yang telah ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe. Variasi ini perlu diolah supaya mereka sentiasa ‘up to date’ dan tidak mudah dibaca oleh pihak lawan. Jika ini berjaya dilakukan, tidak mustahil, 2017 adalah tahun kegemilangan mereka.

Continue reading

Likes(3)Dislikes(0)

Liga Super 2016 | Perak vs Kedah (result)

liga super 2016

 

 

 

 

Sabtu, 27 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 0 – 0 Kedah

Perak dipaksa berkongsi 1 mata dengan Sang Helang Merah di Ipoh semalam.

Kedah yang tampil dengan barisan terkuat mereka dilihat menguasai hampir keseluruhan babak pertama. Mereka yang mengamalkan corak permainan Short Passes menyukarkan Perak untuk mengimbangi permainan. Hantaran-hantaran pendek mereka berjaya menghuru-harakan pertahanan Perak dan diminit ke 12, Kedah hampir di depan apabila percubaan dinafikan tiang gol ketika penjaga gol utama Perak sudah pun tertewas.

Continue reading

Likes(7)Dislikes(0)

Liga Super 2016 | Perak vs Kedah (Preview)

liga super 2016

 

 

 

 

Sabtu, 27 Februari 2016
9.00 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Satu perlawanan klasik bakal kita saksikan 27 Feb 2016 nanti. Hampir semusim Perak dan Kedah bertemu. Kali terakhir adalah pada 3 Sep 2014 di Alor Setar menyaksikan Kedah membenam Perak 2-0 dalam saingan Piala Malaysia 2014. Manakala kali terakhir Kedah bertandang ke Ipoh pada 14 Ogos 2014 mereka kecundang 2-1 di tangan Perak juga dalam saingan Piala Malaysia 2014.

Berdasarkan rekod, Perak dan Kedah telah berentap sebanyak 30 Perlawanan. Tetapi Perak hanya menang 10 kali dan tewas 14 kali daripada 30 perlawanan sejak tahun 2003. Kekalahan terbesar Perak kepada Kedah adalah pada 24 Mac 2008 di Alor Setar, dengan jaringan 5-1. Manakala jaringan terbesar Perak menumpaskan Kedah adalah 2-1 pada 2014 di Ipoh. Tiada rekod jaringan paling besar untuk Perak ketika menang ke atas Kedah melainkan seperti yang dinyatakan.

Continue reading

Likes(3)Dislikes(1)

Piala Malaysia 2014 | Kedah vs Perak (result)

sdn pm 14

Rabu, 3 September 2014
8.45 Malam
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kedah 2- 0 Perak

Perak yang sebelum ini gah menerajui takhta Kumpulan B, kini hilang peluang sekelip mata hanya kerana tewas di perlawanan terakhir. Mula timbul persoalan, apa masalah sebenarnya?

Ternyata para penyokong tidak berpuas hati dengan perkembangan ini. PAFA perlu menjawab dengan teliti tentang apa yang berlaku. Ini bukan kali pertama. Tahun lalu inilah situasinya.

Continue reading

Likes(16)Dislikes(5)