Tag Archives: kangar

TM Liga Super – Perlis Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 25 Mei 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Perlis 3 – 0 Perak

Perak kecundang di tangan Perlis pada perlawanan ke 18 TM Liga Super 2010 yang berlangsung di Kangar dengan keputusan 3 gol tanpa balas. Walaupun menguasai permainan pada separuh masa pertama, ternyata nasib tidak menyebelahi Perak.

Pasukan Perlis mendahului pada seawal minit ke 18 melalui sepakan penalti Mohd Nor Hazrul selepas Azrul Ahmad yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Perak telah dibentes oleh penjaga gol Perak, Khairul Izwan di dalam kotak penalti.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Perlis Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 25 Mei 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Perlawanan ke 18 TM Liga Super 2010 buat pasukan Perak ialah bertandang ke utara menentang pasukan Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar. Pada perlawanan pertama di Ipoh pada 19 Januari 2010, Perak tewas melalui jaringan tunggal Azrul Ahmad.

Selepas kemenangan menyakinkan ke atas pasukan Johor di Ipoh, sudah tentu penyokong-penyokong setia skuad seladang mahukan kesinambungan ini diteruskan bagi mengejar kedudukan ranking yang lebih baik di dalam carta Liga Super 2010.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala FA – Perlis Vs Perak (result)

TM Piala FA

Selasa 2 Februari 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Perlis 0 – 0 Perak

Skuad Perak berjaya mengikat pasukan tuan rumah Perlis dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan pada perlawanan timbal balik pertama TM Piala FA 2010 di Stadium Utama Negeri, Kangar yang disaksikan hampir kira-kira 2 ribu orang penonton.

Perak memulakan permainan pada separuh masa pertama tanpa penyerang harapan, Razali Umar yang disahkan kurang cergas kerana mengalami kecederaan lutut sewaktu menentang pasukan Johor FC dalam saingan liga super di Ipoh tempohari.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala FA – Perlis Vs Perak (review)

TM Piala FA

Selasa 2 Februari 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Tirai saingan TM Piala FA musim 2010 akan bermula esok dengan penyertaan 30 pasukan termasuk juara bertahan musim lalu Selangor dan naib juara, Kelantan yang menunggu di pusingan kedua setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama saingan kali ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima baru-baru ini, pasukan Kelab Bolasepak UiTM dari Pahang turut mara ke pusingan kedua setelah pasukan K.S.B.J Ban Hoe Leong dari Selangor disingkirkan atas faktor teknikal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (F.A.M).

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)