Tag Archives: kamarul effandi

Rangkuman Berita 21 April 2009

Berita Bolasepak Malaysia

Jurulatih pasukan bawah 19 tahun kebangsaan (Harimau Muda), K. Rajagobal telah sah diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Utama Bolasepak Malaysia menggantikan B. Sathianathan pada satu sidang media di Wisma FAM semalam. Beberapa hari sebelum itu, beliau turut dilantik sebagai jurulatih pasukan bolasepak Malaysia bawah 23 tahun.

Sementara itu 30 orang pemain dipanggil menjalani latihan awal skuad bawah 23 tahun yang dikendalikan oleh K. Rajagobal. Penyerang skuad seladang, Razali Umar dan penjaga gol Kamarul Effandi adalah antara pemain Perak yang terpilih menyertai kem tersebut.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Kaji Selidik & Undian | Posisi Penjaga Gol

Perak FA

Selepas mengharungi sebanyak 5 perlawanan Liga Super dan 2 perlawanan Piala FA, gawang gol Perak telah dibocori sebanyak 10 gol. Berdasarkan kepada prestasi purata musim lalu, ini adalah jumlah bolos yang agak besar untuk peminat menerimanya.

Perkara ini nampaknya dibangkitkan oleh beberapa individu di dalam komuniti SDN sejak berakhirnya perlawanan menentang Kelantan tempohari dalam persaingan Liga Super 2009. Ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku terhadap penjaga gol utama Perak iaitu Megat Amir Faisal yang merosot persembahannya akhir-akhir ini?.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)