Tag Archives: info

Info | Kemaskini Halaman SDN April 2009

Untuk makluman umum, halaman SDN akan ditutup sementara dari pukul 12:01 am – 12:30 am, Isnin 27 April 2009 untuk kerja-kerja kemaskini database. Semua pengguna berdaftar diwajibkan mengemaskini ruangan profile anda. Sila kemaskini ruangan First Name dan Last Name sebagai isyarat bahawa pendaftaran anda masih aktif.

Kegagalan anda mengemaskini ruangan profile akan mengakibatkan username anda dipadamkan dari sistem database kami melalui proses AUTO DELETE. Pendaftaran baru juga telah ditutup sejak dari awal April untuk mengelakkan BOTS SPAMMER.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

Info | Perak FA Bangkit Kembali!

Pihak kami telah dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa satu pertemuan antara Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa individu dari Perak FA termasuk Datuk Mohd Muhiyuddin telah dijalankan siang tadi.

Pertemuan tersebut antara lain membincangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh Perak FA selain pengambilalihan tampuk pimpinan Perak FA dalam masa terdekat ini oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Info | Liga Malaysia 2009

Pada 2 Ogos 2008 Majlis FAM telah bersidang untuk membincangkan beberapa perkara penting yang bakal dilakukan pada musim hadapan. Persidangan itu juga adalah rentetan dari “percambahan idea” yang pernah dilakukan bersama-sama wakil negeri tempohari.

Banyak keputusan yang pihak kami lihat mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Namun menggunakan masalah kewangan untuk menolak kehadiran pemain import adalah alasan yang terlalu rapuh dan menjengkelkan.

Jika setiap pasukan yang bertanding menggunakan prinsip “ukur baju badan sendiri” masalah kewangan tidak akan terjadi. Jika sudah tidak mampu membayar jumlah wang yang besar kepada pemain import mengapa memaksa diri?.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Info | Pertanyaan & Cadangan

Artikel ini dibuka untuk memudahkan pengguna berdaftar bertanya pelbagai soalan yang berkaitan serta memberikan cadangan memajukan halaman ini kepada pihak kami. Anda boleh berbuat demikian pada ruangan komen dibawah.

Pihak kami juga perlukan kerjasama pengguna berdaftar yang lain untuk membantu ahli-ahli baru lain yang bertanya jika anda merasakan perlu berbuat demikian. Artikel ini juga akan diletakkan pada ruangan Notice Board (sidebar kanan) untuk memudahkan pengguna melayarinya.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)