Tag Archives: india

India Vs Malaysia | Friendly Match (result)

Selasa 22 Julai 2008
Stadium Lal Bahadur Shashtri, Hyderabad
6.00 pm (waktu tempatan)
8.30 pm (waktu Malaysia)

India 1 – 1 Malaysia

Skuad bolasepak Malaysia berjaya mencatatkan keputusan seri 1 -1 ketika menentang India untuk satu perlawanan persahabatan di Stadium Lal Bahadur Shashtri. Baichung Bhutia menyumbangkan gol pertama untuk pasukan India pada minit ke 57 separuh masa kedua.

Indra Putra Mahayuddin menjadi penyelamat pasukan Malaysia apabila menjaringkan penalti pada minit ke 80 untuk membantu pasukan negara mengikat pasukan tuan rumah sehingga wisel penamat dibunyikan. Dengan keputusan ini diharap dapat meningkatkan sedikit sebanyak ranking FIFA buat pasukan Malaysia selepas ini.

Likes(0)Dislikes(0)

India Vs Malaysia | Friendly Match

Selasa 22 Julai 2008
Stadium Lal Bahadur Shashtri, Hyderabad
6.00 pm (waktu tempatan)
8.30 pm (waktu Malaysia)

Petang nanti skuad Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan India di Stadium Lal Bahadur Shashtri pada pukul 6 petang. Perlawanan persahabatan sebelum ini ialah bertemu Indonesia di Surubaya pada 6 Jun 2008 yang berkesudahan Malaysia berjaya mengikat tuan rumah dengan keputusan 1 -1.

Malaysia kini menduduki tangga ke 166 dunia, naik 3 anak tangga dari 169 selepas perlawanan dengan Indonesia tempohari manakala pasukan India pula menduduki tangga ke 153. Seramai 22 orang pemain menjadi pilihan jurulatih B. Sathianathan dengan penyerang Pahang, Hairuddin Omar turut di panggil semula menyarung jersi kebangsaan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)