Tag Archives: Harimau Muda

TM Liga Malaysia 2010 | Info

TM Liga Malaysia 2010

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM telah bermesyuarat untuk mengesahkan penyertaan pasukan dalam TM Liga Malaysia musim 2010 iaitu 14 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana. Perlawanan pertama Liga Super dijadual pada 9 Januari 2010.

Bagi perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor akan dijalankan serentak pada perlawanan pertama Liga Super 2010 nanti. Jawatankuasa juga telah menetapkan 19 Disember adalah tarikh akhir bagi pendaftaran pemain untuk musim 2010.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 3 Mei 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam tadi menyaksikan pendahulu liga premier Kuala Muda merangkul kejuaraan Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur apabila menewaskan Plus FC dengan jaringan 3 gol berbalas 2.

Plus FC di lihat lebih banyak bertahan dengan sekali sekala membuat serangan balas manakala Kuala Muda yang dibawah kendalian K. Devan lebih banyak menyerang. Kedua-dua pasukan akan dinaikkan ke liga super musim 08/2009.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 3 Mei 2008

TM Liga Premier

TM Liga Premier 07/2008 malam nanti akan menyaksikan pendahulu liga premier Kuala Muda bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menentang Plus FC. Perlawanan ini cukup penting untuk kedua-dua pasukan kerana inilah penentu kepada kejuaraan liga premier musim ini.

Untuk makluman umum, kedua-dua pasukan juga telah layak menyertai liga super musim depan apabila kedudukan mata mereka tidak mampu lagi dipintas oleh pasukan lain. Yang pasti kedua-dua pasukan dipimpin oleh jurulatih tempatan iaitu K. Devan (Kuala Muda) dan Mat Zan Mat Aris (Plus FC).

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 28 April 2008

TM Liga Premier

Kuala Muda semakin menghampiri kejuaraan TM Liga Premier 07/2008 malam tadi apabila menewaskan pasukan Johor dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos.

Sementara itu Plus FC turut mencatat kemenangan keatas pasukan Kuala Lumpur di tempat lawan dengan 2 gol berbalas 1. Skuad Harimau Muda pula tumpas mengejut kepada pasukan Melaka di tempat sendiri dengan jaringan 4-2 pada perlawanan terakhir mereka tadi. Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)